Ibu Bapa Persoal Sekolah/IPT Dibuka Sedangkan Parlimen Dibatalkan, Kerajaan Dituntut Beri Jawapan

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Mar 02, 2021, 09:10 am

Umum sedia maklum sekolah telah dibuka untuk murid prasekolah, Tahun Satu dan Dua di seluruh negara bermula semalam 1 Mac 2021, manakala bagi murid Tahun Tiga, Empat, Lima dan Enam, mereka akan mula hadir ke sekolah pada 8 Mac ini. 

Untuk pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan, mereka dibenarkan kembali ke kampus masing-masing, secara berperingkat mulai 1 Mac depan. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, berkata langkah itu sudah dipersetujui Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 23 Disember lalu.Bagi pelajar dari Zon Merah, kemasukan mereka adalah 10 hari lebih awal untuk menjalani proses pengasingan demi memastikan mereka bebas COVID-19.

MKN juga memaklumkan semua pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu di IPTA dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) kecuali dari United Kingdom kembali semula ke Malaysia seawal 1 Januari 2021.

Walau bagaimanapun netizen mempertikaikan keputusan ini,  jika sekolah dan IPT sudah mula dibuka dan pelajar antarabangsa dibenarkan kembali ke Malaysia, apa relevannya sempadan negeri dan daerah ditutup, parlimen tidak bersidang dan sebagainya. Jika nyawa anak-anak dipertaruhkan untuk hadir ke sekolah dan IPT, kenapa takut untuk pertaruhkan nyawa golongan dewasa. 

Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah menyindir dengan mencadangkan semua ahli Parlimen bersidang di sekolah sekiranya Dewan Rakyat masih belum dibuka pada Mac ini. Sindiran yang ditujukan kepada kerajaan itu, kononnya kawasan sekolah dianggap lebih selamat berbanding kawasan Parlimen apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan sesi persekolahan dibuka semula pada Mac. Apa kata anda?

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail