Ibu Bapa Bimbang Kemungkinan Besar Pelajar yang Divaksin akan Mendapat Radang Paru-Paru

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Sep 09, 2021, 12:50 pm

Penasihat program vaksinasi Britain tidak mengesyorkan vaksinasi COVID-19 diperluaskan kepada kanak-kanak sihat berumur 12 hingga 15 tahun, sebaliknya mahu langkah pencegahan dibuat dengan menilai kesan jangka panjang keradangan jantung yang jarang berlaku. Ini adalah berdasarkan lebih 300 kes yang disahkan mengalami keradangan jantung membabitkan remaja dan golongan muda selepas menerima vaksin mRNA COVID-19 (Pfizer).

Jawatankuasa itu akan mendengar analisis risiko-manfaat bagi mengetahui sama ada suntikan vaksinCOVID-19 itu boleh mengakibatkan miokarditis, serta kes keradangan pada tisu jantung atau perikarditis. Pandangan itu sekali gus menyaksikan UK mengambil pendekatan berbeza berbanding Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara Eropah lain yang meneruskan program vaksinasi terhadap kumpulan umur berkenaan.

Sementara itu, berdasarkan kajian yang diterbitkan Jurnal Perubatan New England, dalam setiap 100,000 orang yang menerima vaksin terbabit, satu hingga lima orang akan menghidapi myokarditis. Kadar itu lebih tinggi iaitu 11 bagi setiap 100,000 orang, sekiranya mangsa sudah dijangkiti COVID-19.

Di Malaysia, bermula hari ini Proses vaksinasi remaja berumur 12 hingga 18 tahun di negeri Sarawak, yang merangkumi 10 peratus daripada jumlah penduduknya telah dilaksanakan selepas mendapat kelulusan Kerajaan Persekutuan. Ia sekali gus menjadikan Sarawak negeri pertama memberi suntikan vaksin COVID-19 kepada remaja dan akan diperluaskan di negeri-negeri lain sebelum sesi persekolahan dibuka bermula 3 Oktober 2021. 

Ramai ibu bapa bimbang suntikan vaksin akan memberi kesan buruk kepada anak-anak mereka berdasarkan kajian-kajian yang telah dibuat di luar negara. 

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail