Habis isi UPU, nak buat apa?

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Dec 28, 2015, 10:49 am

Tarik nafas panjang.habis-isi-upu-nak-buat-apa- spongebob panic Jika anda dah ikut tips dan panduan Afterschool dalam memilih kursus impian anda dan mendaftar untuk sambung belajar melalui UPU, tinggal separuh jalan lagi untuk mencapai impian anda sampai ke menara gading. Jangan lupa semak keputusan UPU anda dan cetak satu salinan permohonan untuk disimpan sebagai rujukan (pilihan untuk mencetak boleh didapati pada halaman SEMAKAN). Berikut adalah lima lagi fakta yang akan tolong anda dapat sambung pengajian selepas SPM atau STPM, tak kira sama ada permohonan UPU anda diterima (Tahniah!) atau ditolak (Tak apa, dunia belum berakhir! Rujuk arahan nombor 3, 4 dan 5).

1. Waspada penipuan!

habis-isi-upu-nak-buat-apa - waspada hati hati penipuan dan penipu jahat Terdapat banyak orang yang mencari peluang untuk buat duit cepat dan haram, jadi tolong berhati-hati dengan serigala berbulu biri-biri! Jika tawaran yang diterima (biasiswa, seminar, tawaran masuk belajar awal) kelihatan terlampau menggiurkan, maka ada peluang yang tinggi bahawa tawaran tersebut adalah palsu. Apalagi kalau mereka minta duit dalam jumlah yang tidak munasabah. Kementerian Pelajaran Malaysia telah banyak kali buat pengumuman sebagai tindak balas kepada "pas percuma" dan surat tawaran palsu yang telah diedarkan kepada pelajar. Kementerian setiap tahun telah menasihatkan pelajar untuk berhati-hati dan tidak terpedaya dengan maklumat yang bertujuan untuk menipu dan mencuri maklumat peribadi pelajar (nombor telefon, kad pengenalan dan alamat email mengandungi banyak maklumat tentang diri anda dan tempat tinggal!). Beratus-ratus ribu pelajar dan ibu bapa menjadi mangsa tawaran biasiswa palsu setiap tahun dan mangsa-mangsa ini mengalami kehilangan berjuta-juta ringgit secara keseluruhan. Operasi penipuan ini biasanya meniru agensi sah dari kerajaan, ejen "pencari" biasiswa, ejen pinjaman pendidikan tak berdaftar. Para penipu ini biasanya akan meniru logo rasmi dan menggunakan istilah-istilah yang terdengar "formal" dalam nama-nama mereka seperti "Persekutuan", "Negara", "Bank", "Yayasan" atau "Pengarah".

2. Apa nak buat kalau saya tak nak kursus/kampus yang ditawarkan?

habis-isi-upu-nak-buat-apa - tak mahu kursus UPU Jika pemohon menolak tawaran daripada kampus tersebut, anda TIDAK akan mendapat mana-mana tawaran lagi dari universiti lain. UPU berpegang teguh kepada Dasar Satu Tawaran (One offer Policy). Pelajar yang menolak tawaran yang diberikan tidak akan dilayan untuk proses rayuan yang disediakan hanya untuk calon yang tidak ditawarkan penempatan di IPTA/UA.

3. Apa sebabnya kalau permohonan saya ditolak?

habis-isi-upu-nak-buat-apa - tolak angin kena tolak masuk kampus kursus universiti Kementerian Pendidikan dan pengajian Tinggi telah menyatakan bahawa kemasukan pelajar adalah berdasarkan merit (90% akademik + 10% aktiviti ko-kurikulum). Selain tidak memenuhi syarat di atas, calon yang ditawarkan kursus selain pilihan sendiri mungkin juga kerana mereka memilih kursus yang amat kompetitif yang mana ditawarkan kepada calon yang memiliki merit yang lebih baik. Oleh itu, tidak semua calon yang mendapat PNGK 4.00 akan ditawarkan kursus-kursus ini. Sebab-sebab utama permohonan anda ditolak:

  • Pelajar tidak memenuhi syarat layak program yang dipohon
  • Kursus atau program telah penuh
  • Pelajar telah dipilih untuk "opt-out" jika ditawarkan program selain daripada yang diminta
  • Pelajar gagal dalam temuduga
  • Pelajar mempunyai markah merit rendah
  • Kombinasi mata pelajaran yang diambil tidak sesuai untuk program yang dipohon (contoh: aliran akaun memilih perubatan)
  • Tidak mengemukakan permohonan melalui BPKP, JPT
  • Permohonan tidak lengkap
  • Pemalsuan maklumat atau dokumen semasa mengemukakan permohonan
  • Tidak tekan butang Sah & Hantar semasa permohonan
  • Pemohon sedang belajar
  • Penghantaran dokumen yang lewat selepas tarikh tutup permohonan (bagi kategori STPM/Setaraf)

Semua ini dapat dielakkan sekiranya langkah-langkah mengisi borang UPU yang betul telah diambil.

4. Okay, saya nak buat rayuan

[caption id="attachment_391" align="aligncenter" width="600"]habis-isi-upu-nak-buat-apa - buat rayuan merayu rayu Salah tu. Kena buat rayuan online lah, dik.[/caption] INGAT: Hanya calon yang tidak menerima sebarang tawaran boleh membuat rayuan. Permohonan rayuan juga adalah terhad kepada kursus atau program yang belum penuh sahaja. Rayuan boleh dibuat melalui UPU. Pastikan anda beri perhatian terhadap tarikh tutup yang dihebahkan. Permohonan rayuan hanya akan diterima jika dibuat dalam tempoh 5 hari selepas keputusan permohonan kemasukan ke UA diumumkan. Anda dibenarkan mengemukakan EMPAT (4) pilihan program pengajian semasa mengemukakan permohonan rayuan. Pemohon dibenarkan membuat pengemaskinian tanpa sebarang had sehingga tarikh tutup permohonan rayuan. Keputusan rayuan biasanya akan keluar pertengahan bulan Jun. Sekiranya anda tidak mendengar khabar setelah itu, biasanya itu bermaksud permohonan rayuan anda telah ditolak.

5. Masuk kolej / universiti swasta

habis-isi-upu-nak-buat-apa - pelajar kolej swasta Malaysia sebagai hab pendidikan atarabangsa mempunyai jajaran institusi swasta berkelas dunia! Ada kursus atau program yang tidak ditawarkan di universiti awam dapat anda jumpa di institusi swasta. Beberapa institusi swasta juga menawarkan biasiswa dari mereka sendiri untuk pelajar Malaysia yang dianggap cemerlang. AS_BM_UPU_banner

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail