Graduan Perubatan Wajib Lulus BM SPM sebelum Layak Jalani Latihan Perubatan di Hospital Awam - Datuk Seri Dr. Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jul 05, 2017, 06:06 pm

Akhirnya, dalam mesyuarat kabinet pada pagi ini telah memutuskan Pegawai Perubatan Gred UD41 lantikan kontrak baharu wajib lulus Bahasa Melayu (BM) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum layak menjalani latihan siswazah selama 2 tahun sebelum layak bergelar pengamal perubatan bertauliah sepenuhnya, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

 

image (1)

 

Keputusan itu dibuat untuk mewujudkan keseragaman dalam lantikan dan Kementerian Pendidikan akan membantu dalam mewujudkan peperiksaan BM peringkat SPM yang boleh diambil secara tunggal tanpa membabitkan subjek lain.

 

giphy

 

Untuk yang tidak tahu mengenai isu ini, boleh rujuk pautan berkaitan dibawah. Untuk makluman anda juga sebelum graduan perubatan diberi sijil pengamal perubatan bertauliah, mereka wajib menjalani latihan siswazah di hospital kerajaan. Ini tertakluk kepada Akta Perubatan 1971, di bawah Seksyen 13 (2) bahawa seseorang graduan perubatan yang diberi Pendaftaran Sementara oleh Majlis Perubatan Malaysia wajib menjalani dan melengkapkan latihan siswazah dengan kompeten sebelum boleh diberi Pendaftaran Penuh sebagai seorang Pegawai Perubatan yang bertauliah.

 

senyum sebab lulus bahasa melayu ke tu- (1)

 

Sehingga Disember 2016, seramai 4,500 pegawai perubatan telah dilantik dan daripada jumlah itu, hanya 23 pegawai perubatan latihan siswazah bersama kementerian tidak mempunyai kelulusan dalam Bahasa Melayu atas pelbagai faktor. Kata beliau ianya melibatkan sekumpulan kecil pegawai perubatan yang tidak dapat mengikuti sistem pendidikan seperti di negara ini kerana mengikut ibu bapa bekerja di luar negara. Sistem pendidikan mereka berbeza dengan negara ini dan tidak mengambil subjek BM.

 

 

IMG_7832

 

Mengenai nasib 23 individu berkenaan, Kabinet memutuskan 23 individu ini diberi peluang untuk lulus BM semasa mengikuti latihan siswazah mereka selama dua tahun di bawah KKM.

 

PAUTAN BERKAITAN

  https://afterschool.my/bm_old/berita/doktor-tak-boleh-cakap-melayu-macam-mana-nak-rawat-pesakit-tan-sri-dato-seri-utama-dr-rais-yatim-penasihat-sosio-budaya-kerajaan-persekutuan/
BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail