Gamuda Buka Tawaran Traineeship Program untuk Fresh Graduate

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Nov 09, 2020, 03:46 am

Tamat pengajian tapi belum berjaya ditawarkan kerja sehingga tempoh 6 bulan ke setahun?. Mungkin tiada pengalaman yang menjadi penyebab anda menganggur. Jangan risau, anda boleh mohon ke program traineeship yang ditawarkan oleh Gamuda. 

 

Untuk makluman anda yang kurang tahu, Gamuda adalah sebuah syarikat kejuruteraan, harta tanah dan infrastruktur di Malaysia. Dengan menjadi salah sebuah syarikat infrastruktur terbesar di Malaysia, Gamuda telah berjaya menyiapkan pelbagai projek, baik di dalam dan luar negara, seperti pembinaan laluan MRT Lembah Klang, lebuh raya, landasan lapangan terbang, landasan kereta api, terowong, loji rawatan air, empangan, konsesi infrastruktur dan pembangunan perbandaran baru.

 

Jadi, sekiranya anda berjaya diterima ke program traineeship Gamuda, ianya pasti akan memberi pengalaman yang berharga seterusnya membuka peluang pekerjaan yang luas bukan sahaja bersama Gamuda malah dengan syarikat-syarikat besar lain dalam bidang yang sama. 

 

 

Berikut kami kongsikan syarat permohonan. 

  • Graduan yang baru menamatkan pengajian dalam bidang berikut :
    • Civil Engineering
    • Mechanical Engineering
    • Electrical & Electronic Engineering
    • Construction Management
    • Quantity/ Land Surveying
    • Finance / Accounting
    • Human Resources / Psychology
    • Computer & Information Technology / Software Development
    • Marketing / Business Administration / Management
  • Memperolehi pencapaian akademik
    • Minimum CGPA of 3.3 dan ke atas atau WAM 70.00% dan ke atas
    • Menunjukkan daya kepimpinan yang tinggi
    • Boleh berkomunikasi dengan baik
    • Kemahiran analytical 
    • Berkeyakinan tinggi tetapi merendah diri dan berdaya tahan

 

 

Sekiranya, anda memenuhi syarat diatas, bolehlah ambil peluang untuk memohon. Untuk memohon boleh klik Mohon Gamuda Graduate Training Programme. Untuk semak senarai program traineeship atau internship boleh KLIK DISINI. Semoga berjaya!

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail