Gagal dalam Permohonan UPU Apa yang Perlu Anda Buat?

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 09, 2022, 12:56 pm

Tahun lepas 259,000 ribu orang calon lepasan SPM memohon melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dalam pelbagai bidang sama ada bidang sains, sastera, sains gunaan, kemahiran mahupun teknikal. Daripada jumlah tersebut, seramai 129,835 sahaja calon yang berjaya dalam permohonan. 

 

Manakala, baki lebih kurang 129,165 telah gagal dalam permohonan. Jika anda merupakan salah seorang yang gagal dalam permohonan UPU Online, apa yang perlu anda lakukan?. Adakah impian untuk sambung belajar akan terkubur begitu sahaja? Sudah tentu tidak sama sekali. Menerusi artikel ini kami akan kongsikan panduan untuk anda yang gagal dalam permohonan.

 

Semak punca gagal permohonan

Perkara pertama yang perlu anda lakukan sudah tentulah menyemak semula punca gagal dalam permohonan. Antara faktor penyebab gagal yang disenaraikan oleh pihak UPU adalah seperti gambar dibawah :

 

 

Semak jika anda layak untuk memohon rayuan UPU Online

Tahukah anda tidak semua pemohon yang gagal dalam permohonan UPU dibenarkan membuat rayuan. Permohonan rayuan hanya dibuka kepada pemohon yang tidak berjaya ditawarkan langsung ke mana-mana program pilihan yang dipohon. Selain itu, rayuan juga hanya dibuka kepada pemohon yang memenuhi syarat kemasukan am dan khas bagi program pengajian yang masih ada kekosongan dan ditawarkan semasa permohonan rayuan. Jika tiada sebarang paparan program pengajian semasa membuat rayuan, bermakna anda tidak layak untuk memohon kerana tidak memenuhi syarat yang diletakkan. Jadi, pastikan semak dahulu sama ada anda layak untuk memhon rayuan ataupun tidak. 

 

Semak program pengajian yang ditawarkan dibawah rayuan

Semasa permohonan rayuan, akan terpapar senarai program pengajian dan institusi yang anda layak untuk memohon. Senarai program dan institusi bergantung kepada kekosongan selepas keputusan UPU diumumkan. Jadi cara untuk memilih program pengajian dan IPTA yang tepat adalah dengan menyemak program pengajian yang mempunyai potensi kerjaya dan bidang pengajian yang senang dapat kerja selain turut mengambil kira minat sebelum membuat keputusan untuk meneruskan permohonan atau sebaliknya. 

 

Semak tip untuk berjaya dalam permohonan rayuan UPU Online

Seterusnya sebelum anda mengemukakan permohonan, semak terlebih dahulu tip permohonan UPU bagi mengelakkan anda gagal buat kali kedua. Jika gagal kali kedua, maka tidak ada harapan lagi untuk berjaya dalam permohonan. Antaranya adalah menyemak 

 

Kemukakan permohonan rayuan UPU Online

Sebaik sahaja anda tahu telah gagal dalam permohonan, jangan bertangguh lagi. Terus kemukakan permohonan rayuan yang hanya dibuka selama 5 hari sahaja selepas keputusan SPM diumumkan. Jika terlepas tarikh permohonan, anda tidak boleh lagi mengemukakan permohonan. Info mengenai permohonan rayuan UPU Online bagi lepasan SPM boleh rujuk gambarajah dibawah.

 

 

Kenal pasti laluan pendidikan lain sementara menunggu keputusan rayuan UPU

Langkah terakhir, kenal pasti semua laluan pendidikan lain jika gagal UPU. Antara laluan pendidikan selepas SPM adalah laluan STPM, Matrikulasi, Institut Pendidikan Guru (IPG), foundation dan asasi di IPTS, mohon second intake IPTA atau mohon belajar sama ada di IPTA atau IPTS secara part time. Jika anda masih ingin masuk IPTA, anda boleh semak senarai IPTS yang tawar sijil daripada IPTA. Selepas mengenal pasti setiap laluan, semak kelebihan dan kelemahan semua laluan pendidikan selepas SPM kemudiannya bandingkan manakah yang paling terbaik sesuai dengan minat dan potensi kerja selepas tamat pengajian.

 

 Akhir kata diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda keluar daripada kebuntuan selepas gagal dalam permohonan UPU. Jangan berputus asa, kegagalan anda hari ini akan menjadi pembangkit semangat untuk berjaya di masa hadapan. Semoga berjaya kami ucapkan!.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail