Empat lagi kampus untuk Pagoh

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Apr 25, 2016, 05:41 pm

Empat lagi kampus untuk Pagoh: Pembangunan empat kampus universiti di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP) mencatatkan kemajuan sebanyak 94.25 peratus, sidang DUN Johor diberitahu.urban-pagoh-5, Empat lagi kampus untuk Pagoh Pengerusi Jawatan­kuasa Pendidikan, Pe­nerangan, Pembangu­nan Usahawan dan Ko­perasi negeri, Md. Jais Sarday berkata, mi­sal­annya pembinaan kampus cawangan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mencapai kemajuan 97.28 peratus, manakala Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mencatat kemajuan 94.69 peratus. “Sementara itu, pembinaan Politeknik dan kemudahan guna sama sudah mencatat kemajuan pembangunan 95.95 peratus. Daripada segi penyediaan asrama, rumah kediaman dan lot perniagaan, pihak Sime Darby sedang melaksanakan pembinaan asrama untuk penuntut yang dijangka siap pada Mei 2017. “Projek pertama rumah kediaman akan dilancarkan Sime Darby Property selaku pemaju projek pada Mei ini dan pembinaan dijang­ka mengambil masa 18 hingga 24 bulan termasuk lot-lot perniagaan,” katanya semasa sesi penggulungan pada sidang DUN, di sini. --Utusan

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail