logo
logo

    Courses

    Institutions

Dua Banduan Penjara Dianugerahkan "Master's Degree" dari OUM

Afterschool

Afterschool

May 2, 2017





Siapa sangka seorang banduan yang sedang menjalani hukuman sebagai Tahanan Limpah Sultan kerana kesalahan membunuh pada 2001, berjaya merangkul segulung ijazah sarjana dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan.

  5e16c704eff3257cb08ad74e85b6b49d  

Banduan yang berusia 30 tahun itu dengan seorang lagi banduan dari Penjara Kajang menerima Ijazah Sarjana dalam bidang yang sama pada majlis Konvokesyen Open University Malaysia (OUM) kali ke-20 yang berlangsung di Dewan Canselor Universiti Malaya. Majlis konvenkesyen mereka turut diiringi oleh pegawai dari penjara dan Kementerian Dalam Negeri.

  Universiti Terbuka Malaysia 02  

Menjadi banduan atas kesalahan membunuh bukan sesuatu yang mudah, sedangkan yang bukan banduan pun malas belajar tambahan pula mereka yang berada di dalam penjara. Namun peristiwa hitam itu, tidak merencatkan langsung niat mereka untuk sambung belajar sehingga memperolehi Ijazah Sarjana dan berharap akan diberi lagi peluang untuk sambung pengajian ke peringkat lebih tinggi iaitu ke peringkat Doktor Falsafah (PhD).

  geger-soal-duit-rp-2-000-suami-di-india-bunuh-istrinya-4fe4
 

Pengarah Penjara Kajang, Datuk Narander Singh berkata Jabatan Penjara akan terus memberikan sokongan dan bantuan yang diperlukan oleh banduan terbabit untuk meneruskan pengajian ke peringkat seterusnya. Malah jadual aktiviti banduan juga akan dikaji semula mengikut keperluan dan kesesuaian. Pihak penjara berharap dengan sokongan pendidikan yang diberikan dalam kalangan banduan, dapat meminimumkan risiko untuk banduan itu terjebak melakukan jenayah dan kembali semula ke penjara.

  penjara  

“Kalau mereka terus diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam penjara, kita percaya (risiko dapat dikurangkan) dan Penjara Kajang telah membuktikan memang tipis kebarangkalian mereka untuk masuk balik ke penjara selepas keluar," kata Narander.

  Sementara itu menurut Naib Presiden Akademik OUM, Profesor Dr Sha'ari Abd Hamid kos pengajian buat graduan terbabit bagi mengikuti pengajian di peringkat falsafah pula akan ditanggung oleh pihak universiti.  

Kisah kejayaan banduan sarjana pernah disiarkan Astro AWANI menerusi Laporan Khas “Sarjana Dari Penjara” yang mengisahkan bagaimana banduan itu yang pernah terlibat dalam kes pembunuhan dan buta huruf tetap nekad untuk meneruskan pelajaran dari dalam penjara sehingga ke peringkat ijazah sarjana (masters) sekalipun sedang menjalani hukuman.

  Picture1  

Jadi kepada masyarakat yang memandang serong kepada banduan penjara, jangan disebabkan oleh kata-kata hinaan  anda itu, mereka kembali melakukan jenayah. Ya, memang ada banduan yang sukar untuk dipulihkan tetapi tidak semua mereka begitu. Ada kisah silam mereka yang kita tidak tahu. Beri peluang untuk mereka berubah mana tahu esok atau lusa perkara yang sama berlaku dalam keluarga kita. Menjadi masyarakat prihatin bukan bermakna kita sibuk mengambil tahu hal orang tetapi bagaimana kita membantu untuk memulihkan mereka dan kembali semula ke dalam masyakarat. Itu lebih baik.

 

Sumber : Astro Awani