Afterschool
August 17, 2016
Seorang doktor pakar memaklumkan akhbar Sin Chew Jit Poh, doktor-doktor yang baru berkhidmat dengan hospital kerajaan selepas tamat pengajian di universiti dikategorikan dalam Gred 41 dan menerima gaji bulanan lebih kurang RM 3,000 sahaja.
"Gaji mereka mungkin meningkat ke RM8,000 jika mereka menyambung pengajian dan menjadi pakar dalam bidang tertentu.
"Jadi tidak hairanlah jika doktor daripada hospital kerajaan sanggup mencari kerja sambilan di klinik swasta untuk menambah pendapatan," katanya lagi.
Menurutnya, doktor hospital kerajaan boleh bekerja sambilan di klinik swasta selepas waktu kerja, namun mereka perlu mendapatkan pengesahan daripada pihak pengurusan tertinggi terlebih dahulu.
"Sebelum mereka dibenarkan bekerja secara sambilan di klinik swasta, doktor yang masih berkhidmat di hospital kerajaan perlu membuat permohonan di Majlis Perubatan Malaysia (MMC).
"Selain itu, satu lagi syarat untuk bekerja secara sambilan di klinik swasta adalah, doktor tersebut mestilah telah berkhidmat selama tiga tahun di hospital kerajaan," lapor akhbar itu lagi.
Nak tahu cara untuk jadi doktor selepas SPM? Klik di sini!
© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.