Dapatkan diploma IB dari 4 sekolah kerajaan

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Dec 04, 2015, 11:06 am

Graduan IB antara yang paling jadi rebutan di kalangan majikan serata dunia.Dapatkan diploma IB dari 4 sekolah kerajaan - pelajar Malaysia di luar negara Malaysian students overseas Sebelum ini, para pengkritik program International Baccaulaureate (IB) sering mengeluhkan biaya pembelajaran yang mahal. Ini kerana kebanyakan sekolah yang mendapatkan pengiktirafan IB School adalah sekolah antarabngsa dengan yuran yang melangit. Sekarang, pelajar Malaysia yang memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM berpeluang dipilih untuk mengikuti program diploma IB di sekolah-sekolah kerajaan terpilih yang mengambil masa dua tahun sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di luar negara. Pelaksanaan langkah ini turut mendapat galakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melahirkan pemimpin yang berkualiti dan mantap. Program ini menyasarkan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang lulus dengan cemerlang serta memenuhi kriteria yang ditetapkan pihak sekolah dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Berikut adalah 4 sekolah kerajaan di Malaysia yang boleh dipilih pelajar cemerlang untuk mendapatkan segulung diploma IB:

Kolej MARA Banting

  Dapatkan diploma IB dari 4 sekolah kerajaan - pelajar Malaysia di kolej mara banting international baccalaureate IBPengetua: Tamam Jonit Website:http://www.kmb.edu.my/Cara memohon: Kunjungi laman web rasmi MARA dan pergi ke Bahagian Penganjuran Pelajaran dan Dasar Tajaan. Terbuka untuk semua rakyat Malaysia yang mendapatkan tajaan atau pinjaman dari Majlis Amanah Rakyat. Matapelajaran Teras:

  • Theory of Knowledge
  • Creativity, Activity, Service (CAS)
  • Extended Essay

Pilihan Matapelajaran :

  • Biologi
  • Pengurusan Perniagaan
  • Kimia
  • Ekonomi
  • English A Literature
  • English B
  • Environment and Society
  • Matematik
  • Fizik
  • Seni Visual
  • Bahasa Sepanyol
  • Bahasa Melayu A Sastera
  • Bahasa Jerman
  • Pengurusan Perniagaan
  • Pendidikan Matematik
  • Geografi
  • Bahasa Perancis

Kolej MARA Seremban

  Dapatkan diploma IB dari 4 sekolah kerajaan - pelajar Malaysia di kolej mara seremban international baccalaureate IB Program IB di KMS dijalankan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Pelajar terpilih akan berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang-bidang tersebut:

  • Perubatan
  • Pergigian
  • Bioteknologi
  • Pendidikan Sains/Matematik
  • Sains Gunaan
  • Senibina
  • Sains Kesihatan
  • Geosains Mineral / Sains Bahan / Sumber Alam
  • Agronomi / Pertanian / Hortikultur

Pengetua: Syed Anwar Aly Mohamed Abu Bakar Website:http://www.kmseremban.edu.my/Cara memohon: Pelajar lepasan SPM akan melalui saringan ketat oleh Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA dan Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah) MARA di bawah Skim Pelajar Cemerlang (SPC). Matapelajaran Teras:

  • Theory of Knowledge
  • Creativity, Activity, Service (CAS)
  • Extended Essay

Pilihan Matapelajaran:

  • Bahasa Melayu A
  • English B
  • Pengurusan dan Perniagaan
  • Ekonomi
  • Biologi
  • Kimia
  • Fizik
  • Matematik
  • Seni Visual
  • Pengurusan Perniagaan

Kolej Melayu Kuala Kangsar

  Dapatkan diploma IB dari 4 sekolah kerajaan - pelajar Malaysia di malay college kuala kangsar mckk kolej melayu international baccalaureate IBPengetua: Anand Baharuddin Website:http://www.mckk.edu.my/Cara memohon: Pelajar lepasan SPM (lelaki sahaja) akan melalui saringan ketat oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi dan/atau penyelaras program IB di Malaysia. Matapelajaran Teras:

  • Theory of Knowledge
  • Creativity, Activity, Service (CAS)
  • Extended Essay

Pilihan Matapelajaran:

  • Bahasa Melayu A
  • English B
  • Pengurusan dan Perniagaan
  • Ekonomi
  • Biologi
  • Kimia
  • Fizik
  • Matematik
  • Seni Visual
  • Pengurusan Perniagaan
  • Sejarah

 

Maktab Tentera Diraja

  Dapatkan diploma IB dari 4 sekolah kerajaan - pelajar Malaysia di maktab tentera diraja mtd rmc international baccalaureate IBPengetua: Kolonel Wan Ghazali Bin Wan Din Website:http://www.rmc.edu.my/Cara memohon: Pada masa sekarang, calon program diploma IB di Maktab Tentera Diraja hanya terbuka kepada lepasan SPM sekolah tersebut. Matapelajaran Teras:

  • Theory of Knowledge
  • Creativity, Activity, Service (CAS)
  • Extended Essay

Pilihan Matapelajaran:

  • Bahasa Melayu A
  • English B
  • Pengurusan dan Perniagaan
  • Ekonomi
  • Biologi
  • Kimia
  • Fizik
  • Matematik
  • Seni Visual
BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail