Diet untuk lulus cemerlang peperiksaan!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Aug 01, 2016, 04:19 pm

Sebenarnya makanan memainkan faktor penting dalam pencapaian pelajar. Tapi ramai yang ambil mudah perkara ini. Jom tengok jenis makanan yang boleh bantu minda kamu jadi lebih cerdas!

1) Makan banyak ikan

FNM_060112-Duff-Goldman-Spanish-Style-Grilled-Fish-recipe_s4x3 Kajian menunjukkan ikan mengandungi asid lemak Omega 3 yang memang bagus untuk meningkatkan fungsi otak, hati, sendi dan kesihatan menyeluruh. Memang kalau kita ratah ikan , agak susah nak telan. Jadi, kamu cubalah resipi yang boleh 'palsukan' bau ikan seperti 'nugget' ikan atau nasi goreng ikan!

2) Makan pokok kecil (brokoli)

16d52614688343 'Pokok kecil' ini memang digeruni oleh kanak-kanak di seluruh dunia! Tapiiii, nanti dulu. Brokoli sebenarnya adalah sumber vitamin K yang baik. Dan vitamin K sangat bagus untuk meningkatkan fungsi kognitif dan kuasa minda. Ini bermakna, kamu akan lebih cepat faham bila belajar. Kalau sebelum ini kena tanya 10 kali untuk faham ikatan kimia, kali ini tanya 3 kali saja dah faham! Cuba masukkan brokoli dalam kentang putar, sedap juga tau!

3) Makan kacang (alah, kacang je!)

bear-cookies-600x450 Kalau sebelum ni asyik ratah ais krim atau keropok bila stres belajar, cuba gantikan dengan kacang. Sebab kekacang  mengandungi vitamin E yang bagus untuk kesihatan minda kita. Tapi perlu pilih kacang yang berkhasiat seperti gajus, pecan, badam dan walnut.  Nak lebih sedap, buat granola atau kacang celup coklat! Kalau kawan minta, caj saja 2 ringgit sepinggan (hei, kacang mahal okey!)

4) Makan tomato

tomato-ombre-bruschetta-3 Ada bukti kukuh menunjukkan lycopene yang terdapat dalam tomato boleh membantu mencegah kerosakan radikal bebas kepada sel otak. Radikal-radikal bebas ini kalau tak dicegah, memang akan menjadikan kamu senang lupa, susah nak fokus dan mengurangkan skil menyelesaikan masalah. Tak suka tomato dalam makanan? Boleh cuba jus tomato! Minum sejuk-sejuk di waktu panas, ahhhh nyamannya!

5) Makan sarapan yang berkualiti!

gallery-1426623863-love-toast Sarapan yang sihat dan berkualiti sangat penting untuk pastikan keseluruhan hari kamu berjalan lancar. "Kalau saya makan nasi lemak lauk sambal sotong dan rendang ayam kira berkualiti ke?". Hmmm maaf ya dik, nasi lemak memang menggoda selera tapi khasiatnya kurang. Apa kata kamu cuba makan telur separuh masak atau oat dengan susu, bukan saja mengenyangkan tapi sangat elok untuk kesihatan minda kamu!

6) Buah bagus untuk kamu

Popsicles_BerryPops_FitFunDelish_2 Kalau nak tau, buah adalah makanan terbaik untuk minda kamu.Buah seperti blueberry mempunyai banyak antioksidan dan nutrien penting. "Mahal sangat lah blueberry. Kalau makan buah-buahan tempatan tak boleh ke?". Boleh saja! Cuba amalkan makan pisang, betik atau epal setiap hari, pasti kamu akan rasa lebih bertenaga dan cerdas!

7) Makan sikit, tapi kerap

tumblr_m10fkbp3eX1qg2bs2 Selalu rasa mengantuk lepas makan tengah hari? Sebenarnya hidangan besar tiga kali sehari boleh buat kita lesu dan 'lambat panas enjin'. Untuk adik-adik yang sedang sibuk dengan persediaan peperiksaan, kamu boleh cuba amalkan makan kerap tapi dengan kuantiti kecil. Contohnya roti dengan mentega kacang dan pisang atau sandwic ayam panggang. Cara ini boleh elakkan daripada rasa mengantuk dan malas untuk ulang kaji. Cuba lah!     AS-QA-600x200-1
BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail