Nur Nadhirah Mohd Zamri, seorang graduan politeknik Sultan Haji Ahmad Shah membuktikan bahawa menjadi pelajar yang gagal semasa di sekolah menengah tidak bermakna dia akan gagal selamanya.

Dia menuntut di dalam kursus Diploma
Teknologi Makanan, Nur Nadhirah, 22 tahun, bangkit dari
kekecewaan dalam keputusan SPMnya pada 2011.
"Saya dapat tawaran untuk menyambung pelajaran saya di
Universiti Sains Malaysia dalam Ijazah Sarjana Muda dalam Teknologi Makanan, dan bercita-cita untuk menjadi pensyarah selepas mendapat pengalaman dari industri ini," katanya lagi.
Anak kepada juruteknik Telekom ini mendapat anugerah Pengarah Politeknik dan Anugerah Kecemerlangan Akademik
politeknik tersebut dengan keputusan 3.93 CGPA.
