logo
logo

    Courses

    Institutions

CEO baru Kolej Unikop mahu gandakan jumlah pelajar

Afterschool

Afterschool

March 18, 2016





islahuddin, Visi CEO Kolej Unikop mahu gandakan jumlah pelajar Visi CEO baru bagi Kolej Unikop, Ishahuddin Abdullah untuk menjadikan kolej ini sebagai destinasi pelajar untuk meneruskan pengajian tinggi terkemuka di negara ini. Menurut Islahuddin, beliau menyasarkan jumlah pelajar di Unikop digandakan menjadi 1,800 pelajar menjelang akhir tahun ini. Terdapat 200 pelajar diploma dalam bidang kepolisan yang menjadi bidang utama yang difokuskan oleh Kolej Unikop, dengan sasaran sehingga 1,000 pelajar. Islahuddin sebelum ini merupakan pengurus bagi pengedaran Proton di Indonesia dan Travelport, iaitu sebuah syarikat perisian untuk perlancongan. Dengan latar belakang korporat yang kuat, Kolej Unikop mampu melangkah dengan lebih jauh dengan kepimpinan Islahuddin. Beliau yang baru menjawat jawatan CEO kolej tersebut pada Disember lalu berkata, selain dari itu, beliau juga ingin menambah empat program baru iaitu perakaunan, pengurusan perniagaan, pemasaran dan multimedia menjelang akhir tahun ini. Kolej Unikop ini merupakan kolej yang diasaskan oleh Koperasi Polis Sdn Bhd, iaitu syarikat koperasi kepada 100,000 anggota polis yang menjadi ahli. Kolej yang mula ditubuhkan pada tahun 1998 ini bekerjasama dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) mempunyai 7,000 graduan dengan 900 orang kini belajar di kolej ini, dengan lapan kursus terkait UiTM dan satu kursus yang diusahakan Kolej Unikop sendiri iaitu diploma dalam bidang kepolisan. Kolej Unikop juga, katanya, mahu menambahkan usahasamanya dengan UiTM untuk program ijazah sarjana muda dalam bidang pemasaran dalam akhir tahun ini. Selain itu juga, Islahuddin berkata, kolej ini juga melancarkan satu sistem yang dinamakan Unikop College Management System (UCMS) pada awal bulan ini, yang akan memudahkan semua pelajar dari segi penginapan, peperiksaan, jadual, permarkahan dan sebagainya - dalam satu sistem, dalam usaha Kolej Unikop mahu mempersiapkan kolej tersebut menghadapi pelajar baru yang bakal memasuki kolej tersebut tahun ini.