Cara pilih kursus tepat dari borang UPU

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Dec 28, 2015, 09:53 am

Mengisi borang permohonan untuk masuk ke universiti awam kadang-kadang mengelirukan dan boleh buat orang jadi lemah semangat.Cara pilih kursus tepat dari borang UPU - tupai comel minta tolong meme 9gag Kami kongsi beberapa tips dan maklumat yang berguna untuk memilih kursus yang ditawarkan melalui UPU atas talian.

1. Adakah saya layak memohon kursus ini?

  Cara pilih kursus tepat dari borang UPU - einstein kelayakan masuk uni Sebelum memilih kursus, pastikan anda telah menyemak prasyarat kursus tersebut. Ini boleh dilakukan dengan melawat laman web universiti yang dipilih dan cari tahu maklumat mengenai kursus yang anda minat serta syarat asas. Sekiranya laman web universiti tersebut tidak mempunyai maklumat yang cukup mengenai kursus yang hendak dipohon, cubalah telefon pihak yang bersangkutan. Bandingkan syarat minima matapelajaran yang dikehendaki dengan keputusan ujian anda yang sebenar (bukan percubaan!). Jika keputusan anda tidak memenuhi syarat minima yang ditetapkan, tidak perlulah untuk memilih kursus tersebut kerana anda pasti tidak akan dipertimbangkan, terutama di universiti yang popular dan dianggap unggul di kalangan pelajar. Boleh juga cuba masukkan keputusan percubaan di Semak Syarat yang disediakan oleh pihak UPU sendiri.

2. Apa yang paling saya mahu?

  Cara pilih kursus tepat dari borang UPU - kucing berdoa dan berimpian tinggiKursus atau kampus yang paling anda kehendaki haruslah diletakkan pada dua hingga tiga pilihan yang paling awal dalam borang UPU. Ia perlu ditunjukkan secara teratur jika anda tidak ingin berakhir degan kursus yang anda tidak ada minat sama sekali. Sesetengah pelajar menganggap bahawa mereka akan selamat jika meletakkan pilihan utama mereka pada kotak ketiga atau keempat dengan harapan dapat meningkatkan peluang untuk mendapatkan kursus tersebut. Ini hanya khabar angin! Selain itu, jika anda sudah berazam untuk masuk ke hanya satu universiti pilihan, langkah yang paling bijak adalah dengan memilih kursus-kursus di fakulti yang sama.

3. Saya tahu betul ke kursus apa yang saya pilih ni?

  Cara pilih kursus tepat dari borang UPU - tupai buat research Jangan main tembak sahaja pilih kursus. Pastikan kursus tersebut sesuai dengan minat dan cita-cita kita. Baca jenis-jenis kursus yang biasanya ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi di Malaysia di sini (Bahasa Inggeris). Pihak UPU / BKPP juga menyediakan senarai semua program pengajian yang ditawarkan oleh UA bagi sesi tahun ini dalam bentuk e-Panduan yang boleh dilayari di sini. Calon tinggal pilih:

  • Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan
  • STPM/Setaraf
  • Klik butang MASUK.

Anda boleh mendapatkan maklumat program pengajian yang ditawarkan mengikut kampus (IPTA), Aliran dan Bidang. AS_BM_UPU_banner

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail