Afterschool
February 2, 2016
Kurang yakin dengan keputusan peperiksaan SPM kelak?. Risau jika tidak layak menyambung pengajian ke Universiti Awam?. Usah bimbang lagi kerana tahukah anda, terdapat cara untuk anda mendapatkan kelayakan universiti tanpa memasuki universiti awam (UA).
Caranya untuk mendapatkan kelayakan itu adalah menerusi program kerjasama di antara institut pengajian tinggi dan kolej swasta dalam beberapa program pengajian siswazah (asasi, diploma dan sarjana muda) yang membolehkan pelajar mendapat kelayakan universiti tanpa ke universiti awam (UA). Pelajar yang menyertai program francais ini akan memperoleh ijazah dari UA.
Dari segi program pengajian di semua peringkat pengajian sama ada diploma, ijazah sarjana muda yang disediakan oleh rakan kerjasama (kebanyakannya kolej swasta) adalah sama seperti yang ditawarkan di IPTA. Persetujuan telah dicapai antara mereka untuk menganugerahkan sijil kelayakan kepada pelajar dan ada diantaranya menghadiri konvokesyen di Universiti Awam tersebut.
Antara universiti yang menjalinkan kerajasama erat dengan beberapa kolej swasta di negara ini seperti USM, UTM, UiTM, UPM dan UKM. Berikut kami kongsikan universiti awam dan universiti/kolej swasta yang menjalinkan kerjasama itu.
Kolej Universiti Risda
Kolej Universiti Bestari
Kolej Teknologi Timur
Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics
Kolej Teknologi Timur
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka
Kolej Yayasan Sabah
Kolej Teknologi Darulnaim
Kolej Teknologi Timur
Kolej Uniti
Jadi kepada anda yang mungkin kurang bernasib baik untuk terpilih ke universiti awam. Harapan itu masih ada. Anda boleh sahaja mempertimbangkan untuk melanjutkan pengajian dengan memilih kolej-kolej tersebut. Semoga berjaya!.
Pautan berkaitan biasiswa terkini di dalam dan luar negara : https://afterschool.my/bm_old/biasiswa/
© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.