Canadian Pre-University / Canadian International Matriculation Programme (CPU/CIMP)

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 11, 2016, 05:07 pm

Student-with-Flag Canadian Pre-University (CPU) dan Canadian International Matriculation Programme (CIMP) adalah program pra-universiti yang ditawarkan oleh institut pengajian tinggi swasta, dan ia diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran.

Kenapa pilih kursus ini?

Canadian Pre-University (CPU) dan Canadian International Matriculation Programme (CIMP) adalah sangat berbeza berbanding kursus lain kerana kursusnya berorientasikan pelajar. Seperti ADP/ADTP, kursus ini tidak mempunyai badan tertentu, cuma sebagai penghubung di antara dua universiti dengan program berkembar. AS-BM-CPU-CIMP

Syarat masuk

Pelajar dikehendaki mempunyai 5 kredit minima dalam SPM termasuk Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains untuk menyertai CPU/CIMP. Pelajar yang sudah menghabiskan UEC juga layak untuk memohon.

Pilihan matapelajaran

Program Canadian Pre-University ini menawarkan pelbagai matapelajaran mengikut acuan pelajar.

Kaedah penilaian

Pengajian Pelajar dikehendaki menghabiskan pelajaran Gred 12, 10 jam khidmat sosial, dan lulus ujian Ontario Secondary School Literacy Test untuk lulus. Sebagai tambahan, mereka juga perlu lulus ujian matapelajaran LAN yang diperlukan di Malaysia. Peperiksaan Kursus ini mengambil masa setahun (dua semester), dengan 30% markah dari peperiksaan akhir dan 70% adalah berdasarkan kerja kursus yang akan diberi serta kuiz, kehadiran, ujian dan sebagainya. Gred Gred diberi berdasarkan 70% kerja khusus dan 30% peperiksaan akhir, dengan markah akhir akan mengikut berdasarkan ujian dalaman. 70% kerja khusus akan dinilai berdasarkan Blended Median. Purata antara enam mata pelajaran akan dilihat sebagai nilai sebenar markah.

Yuran

RM13,000 hingga RM35,000 bergantung pada institusi pengajian. Biaya lebih tinggi untuk subjek sains

Cara daftar

Pengambilan pelajar biasanya pada bulan Januari, dan dua lagi pengambilan pada Mac dan Julai. Bagi pengambilan pelajar Januari, ujian saringan akan berlangsung pada Mei atau Jun, sementara untuk pengambilan Mac dan Julai, ujian saringan akan berlangsung pada November atau Disember.

Jalan ke uni

Luar Negara Lulusan dari kursus ini diiktiraf oleh semua universiti di Kanada, dan kebanyakan universiti di Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, dan United Kingdom. Malaysia Ia diiktiraf oleh IMU, UIAM, UiTM, Monash University, Sunway University, MMU, Penang Medical dan Manipal Medical College.
BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail