Boleh mohon biasiswa dengan keputusan percubaan SPM?
Afterschool
January 7, 2016
Boleh mohon biasiswa dengan keputusan percubaan SPM? Walaupun mungkin masih ada beberapa biasiswa yang menerima keputusan percubaan SPM, ia jarang berlaku. Biasanya syarikat / organisasi swasta seperti Maybank, Sime Darby, dan lain-lain yang akan masih menerima permohonan menggunakan keputusan percubaan SPM.Walau bagaimanapun, biasanya syarikat-syarikat ini hanya akan menyimpan permohonan anda sebagai rujukan dan masih akan menunggu keputusan SPM anda yang sebenar sebelum meluluskan tawaran biasiswa tersebut.
Tidak ada satu pun universiti awam yang menawarkan biasiswa berdasarkan keputusan percubaan SPM. Biasanya, mereka akan berikan biasiswa berasaskan merit untuk pelajar ijazah sepenuh masa yang telah menunjukkan bukti prestasi yang cemerlang (Senarai Dekan).
Banyak biasiswa untuk lepasan SPM ditawarkan dari Januari hingga April, yang memerlukan keputusan SPM sebenar anda.
Anda perlu menyemak bahagian biasiswa kami dari semasa ke semasa untuk dapatkan maklumat terkini!