
Afterschool Team
September 5, 2016
Hanya 29% daripada permukaan bumi terdiri daripada daratan, selebihnya adalah lautan yang didiami berjuta-juta organisma marin. Jadi sudah tentu terdapat banyak habitat dan spesies yang boleh dikaji. Untuk benar-benar memahami organisme marin, ahli biologi marin perlu mempunyai pengetahuan dalam bidang lain seperti oseanografi, ekosistem marin, oseanografi fizikal dan oesanografi kimia. Ramai ahli biologi marin mengkhusus dalam ekosistem, spesies atau tingkah laku tertentu.
Sebagai seorang ahli biologi marin, anda boleh bekerja dalam bidang yang luas: penjaga haiwan, pemuliharaan hidupan liar, atau penyelidik alam sekitar. Anda boleh memilih untuk bekerja di agensi-agensi alam sekitar, firma perunding, akuarium, muzium, kolej / universiti, makmal penyelidikan atau sektor kerajaan. Persaingan dalam bidang biologi marin adalah tinggi. Asas yang kukuh dalam komputer dan matematik lanjutan akan memberikan anda kelebihan untuk bersaing dalam bidang ini.
Mendapat kedudukan ke-12 dalam indeks biodiversiti , Malaysia sedang ke arah untuk menjadi salah satu destinasi ekopelancongan premium di dunia. Ini bermakna, lebih ahli biologi marin akan diperlukan untuk membantu memelihara sumber semula jadi negara. Tambahan lagi, negara ini sedang berusaha mengukuhkan pengeluaran dan eksport udang dan ikan bersirip seperti Tilapia , Siakap dan Kerapu.
| Peringkat jawatan | Min | Purata | Maksimum |
| Eksekutif Senior | 4,240 | 6,000 | 9,000 |
| Eksekutif Junior | 2,400 | 3,400 | 4,601 |