Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 23, 2022, 02:42 pm
Memilih kursus pengajian yang terbaik bukan perkara mudah. Itu kata anda tetapi tahukah anda mudah sahaja untuk mengenalpasti kursus yang bakal menyediakan peluang kerjaya yang cerah. Bagaimana?. Salah satunya melalui biasiswa. Biasiswa yang kami maksudkan bukan terhad kepada biasiswa yang ditawarkan oleh kerajaan seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) malah semua biasiswa yang ditawarkan oleh organisasi kerajaan/syarikat-syarikat besars misalnya, CIMB Bank, Bank Rakyat, Permodalan Nasional Berhad (PUNB), Gamuda, Hong Leong Bank, Top Glove dan banyak lagi!.
Jika anda pernah melihat iklan sesuatu biasiswa, perkara pertama yang disemak tentu bidang pengajian bukan?. Jika bidang pengajian berkaitan dengan anda barulah anda akan menyemak syarat kelayakan biasiswa. Anda setuju atau tidak jika kami katakan majoriti biasiswa hanya ditawarkan dalam jurusan tertentu sahaja?. Kenapa perkara ini terjadi?. Mudah sahaja jawapannya, pemberi biasiswa terutamanya sektor swasta tidak akan membuat sebarang pelaburan tanpa sebarang hasil walaupun pelaburan ke atas bidang pendidikan.
Hasil di atas pelaburan biasiswa inilah yang akan memberi manfaat besar kepada syarikat apabila lahirnya generasi pelapis yang akan meneruskan kepimpinan syarikat selain laluan cerah untuk para graduan membina kerjaya mereka. Bermaksud wujudnya konsep "win-win situation" menerusi ikatan perjanjian antara pemberi biasiswa dengan penerima biasiswa selepas tamat pengajian.
Sekiranya anda tidak layak atau tidak berjaya ditawarkan biasiswa tersebut. Usah risau, pilihlah bidang pengajian yang kami akan kongsikan ini kerana tidak semestinya jika anda tidak ditawarkan biasiswa, anda tidak boleh memohon bekerja dengan mereka kelak. Mereka tentu sahaja mahukan anda!. Tanpa huraian panjang lebar, kami kongsikan enam bidang tersebut dibawah 2 kategori yang berkait antara satu sama lain.
Untuk menyemak banyak lagi biasiswa yang ditawarkan, sila KLIK DISINI untuk ke laman biasiswa kami. Anda boleh menyemak semua senarai biasiswa yang masih dibuka termasuklah biasiswa untuk SEMUA BIDANG dan biasiswa MASTER/PHD. Jadi, melalui perkongsian ini, anda tahulah bahawa bidang yang kami senaraikan diataskan adalah bidang yang memerlukan ramai graduan untuk memenuhi permintaan industri. Jangan tersilap memilih bidang, kelak anda akan bekerja dalam bidang yang tidak berkaitan atau paling SADIS menganggur tunggu orang masuk meminang. Itu pun kalau ada yang nak. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda!.
Perlukan
bantuan?