20,000 Biasiswa Mybrain15 ditawarkan

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 25, 2016, 01:21 pm

20,000 Biasiswa Mybrain15 ditawarkan. Kementerian Pelajaran Tinggi mengumumkan sasaran untuk menawarkan biasiswa Mybrain15 kepada 20,000 pelajar tahun ini.20,000 Biasiswa Mybrain15 ditawarkan Kementerian tersebut menawarkan 15,000 biasiswa untuk program MyMaster dan 5,000 lagi untuk program MyPhD - perbelanjaan terbesar dari kementerian tersebut setakat ini. Menteri tersebut juga mengumumkan sebanyak 9,010 permohonan yang diterima dari Ogos hingga November tahun lalu (7,410 dari MyMaster sementara 1,600 lagi dari MyPhD) telah berjaya diluluskan. Beliau juga menerangkan bahawa berlaku peningkatan walaupun terdapat pengubahsuaian dalam Bajet 2016 iaitu sebanyak RM300 juta telah ditawarkan kepada semua pemohon MyBrain15 yang berjaya. Permohonan yang dihantar pada Disember 2015 dan Januari 2016 tidak akan diterima kerana tarikh tutup sudah pun berlalu. Program MyBrain15 diperkenalkan pada 2008 dengan harapan untuk melahirkan 60,000 graduan dengan PhD menjelang tahun 2023. Pemohon yang masih belum mendapat berita dinasihatkan untuk menghubungi hotline kementerian di 03 8888 1616 atau e-mail di [email protected]

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail