Biasiswa baru untuk Bumiputera

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Apr 01, 2016, 05:08 pm

Biasiswa baru untuk Bumiputera: Yayasan Pelajaran MARA (YPM) tubuhkan Tabung Lonjakan Pendidikan Melayu dan Bumiputera (Tanjak).ismailsabri, Biasiswa baru untuk Bumiputera Penubuhan Tanjak, menurut Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bertujuan mengutip dana tambahan daripada orang ramai bagi membantu pelajar yang tercicir dan menerapkan budaya menabung untuk membantu pendidikan generasi akan datang dalam kalangan orang Melayu dan Bumiputera. “Kita menyeru semua yang mengaku pejuang Melayu dan Bumiputera, mereka yang pernah menikmati bantuan daripada Mara dan kerajaan serta kini telah berjaya dalam bidang masing-masing untuk memberi semula kepada masyarakat,” katanya. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif YPM, Datuk Abdul Karim Mustafa ketika mendedahkan hakikat itu berkata, berikutan masalah berkenaan, pihaknya hanya dapat membantu kira-kira 100,000 pelajar Melayu dan Bumiputera setahun. “Sumber utama dana YPM adalah geran tahunan daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan jumlah itu memang tidak mencukupi,” katanya lagi. Jelas beliau, hasil tinjauan pihaknya di peringkat bawah mendapati masih ramai pelajar Melayu dan Bumiputera miskin yang memerlukan bantuan. Syarikat swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan individu yang ingin memberikan sumbangan, boleh berbuat demikian menerusi akaun CIMB 8000415952 atas nama YPM atau akaun Bank Islam 14041010080877 atas nama Tabung Tanjak YPM. Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan melayari laman web http://ypm.org.my atau menghubungi talian 03-2692727

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail