Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada May 18, 2021, 06:53 am
Hai saya Ng Hau Wei berusia 42 tahun, menjawat jawatan sebagai Pengarah Eksekutif di Gamuda Engineering. Saya telah menabur khidmat bersama Gamuda selama 20 tahun.Bercerita mengenai latar belakang pendidikan, saya merupakan graduan kelahiran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal.
Pengajian saya ditaja sepenuhnya oleh Gamuda sehingga berjaya menamatkan pengajian pada tahun 2001. Mengimbau kembali detik ketika dianugerahkan biasiswa Gamuda pada tahun 1998, ianya adalah salah satu pencapaian yang sangat membanggakan dan mencorak perjalanan hidup dan kerjaya saya sehingga ke hari ini.
PERJALANAN KERJAYA
Selepas tamat pengajian pada tahun 2001, saya memulakan kerjaya sebagai Jurutera Mekanikal bersama Skim Bekalan Air Sungai Selangor. Sepanjang perkhidmatan, antara pencapaian saya adalah terlibat dalam Projek Terowong SMART dan dinaikkan pangkat sebagai Jurutera Kanan sebelum saya meletakkan jawatan dan memulakan perkhidmatan bersama Gamuda.
Bersama pasukan Gamuda memenangi anugerah autonomous TBM operating system Award di London
Terowong SMART semasa dalam pembinaan
Projek Terowong SMART
Dibawah Gamuda, jawatan pengurusan pertama saya adalah mengendalikan Projek Landasan Berkembar Elektrik (EDTP), di mana saya mengawasi pelaksanaan projek pakej / laluan N6. Sebagai seorang pemimpin muda, saya turut berhadapan dengan pelbagai cabaran terutamanya dalam hal menguruskan masa, kebajikan pekerja dan masalah komersil lain. Walau bagaimanapun, ianya tidak mematahkan semangat saya untuk memberikan yang terbaik dalam setiap projek yang telah diberi kepercayaan untuk dikendalikan.
Projek Landasan Berkembar Elektrik (EDTP)
Dari segi kemajuan kerjaya, perjalanan kerjaya saya dilihat agak pantas bersama Gamuda. Saya diberi kepercayaan memegang jawatan korporat dan mengendalikan projek-projek terowong mega. Saya percaya, kemajuan kerjaya ini adalah jasa dan peluang yang diberikan oleh pemimpin, jurutera berkemahiran dan berpengalaman untuk mempelajari kemahiran teknikal dan kepemimpinan sepanjang penglibatan saya dalam projek-projek ini. Saya juga diberi peluang belajar dari mentor dan ekspatriat Gamuda, dengan masing-masing memiliki kekuatan yang berbeza. Dengan bantuan dan perkongsian ilmu mereka, saya mahir dengan apa yang saya lakukan sekarang.
Ketika menerima anugerah dari presiden MBAM Yoo Joo-Hyun atas kejayaan Gamuda dalam projek MRT Kajang-Sungai Buloh
BIASISWA GAMUDA
Ramai yang melepaskan peluang untuk merebut biasisiwa yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat besar. Bagi saya ianya adalah satu kerugian apabila anda tidak merebut peluang yang ada. Biasiswa Gamuda yang ditawarkan kepada saya sebelum ini masih ditawarkan sehingga ke hari ini. Malah, ianya telah ditambah baik seiring dengan kemajuan Gamuda. Perubahan berkenaan dapat dilihat dari segi proses pemilihan dan pakej biasiswa yang ditawarkan.
Antara pakej biasiswa yang ditawarkan, penerima biasiswa akan diberi peluang bekerja bersama Gamuda selepas tamat pengajian dan biasiswa ini bukan sahaja untuk pengajian dalam negara malah ditawarkan untuk pelajar yang melanjutkan pengajian ke luar negara. Untuk membantu mereka membuat persediaan ketika masih dalam pengajian, Gamuda’s internship programmes telah diperkenalkan. Menerusi program Latihan Industri inilah bakat dan potensi diri mereka akan dicungkil.
PROSES PEMILIHAN CALON
Memandangkan saya merupakan bekas penerima biasiswa Gamuda, saya telah diberi kepercayaan untuk menjadi sebahagian daripada Jawatankuasa Kelompok Kerja Biasiswa (SWG). Saya diberi peluang untuk melihat agenda biasiswa secara keseluruhan, bermula dengan meningkatkan prosedur pemilihan, memperluas peluang pengembangan dan penglibatan, dan memastikan kebajikan penerima biasiswa dijaga dengan baik. Jawatankuasa ini berfungsi sebagai kumpulan sokongan tambahan dengan misi membimbing dan membantu dalam pengembangan potensi penerima biasiswa secara menyeluruh.
Memandangkan wabak Covid-19 yang sedang melanda dunia dan sedikit sebanyak telah menganggu proses pemilihan calon. Kami di Gamuda memandang ianya dari sudut positif dan telah meningkatkan kualiti pemilihan calon dimana proses penilaian dan temuduga calon diadakan secara maya. Pemimpin luar yang terkemuka dijemput untuk menjadi sebahagian daripada panel penemuduga seterusnya memilih calon yang berkualiti tinggi.
PROGRAM PERSEDIAAN KERJAYA
Bagi membantu penerima biasiswa membuat persediaan memulakan kerjaya pertama, Scholars’ Engagement & Development Programme (SEDP) telah dilancarkan pada tahun 2018. Senarai kursus pengajian yang ditaja juga diperluas, bermula dengan hanya beberapa kursus yang merangkumi Kejuruteraan, Ukur Bahan dan Senibina, sebelum bidang Perakaunan, Psikologi, Geologi, Perbandaran & Perancangan Bandar turut ditambah.
Biasiswa Gamuda juga pada tahun ini turut membuka tawaran kepada pelajar dalam bidang Kejuruteraan Perisian, Sains Komputer, Sains Alam Sekitar & Kelestarian, Senibina Landskap, Hortikultur, Pengurusan Biodiversiti & Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan.
KRITERIA PEMILIHAN CALON
Sama seperti biasiswa lain di luar sana, kriteria kelayakan adalah umum, kecuali syarat asas untuk berkhidmat dengan Gamuda Group untuk tempoh yang ditentukan selepas tamat pengajian.
TIP TEMUDUGA BIASISWA
Bagi mereka yang berminat untuk memohon biasiswa apa pun, nasihat saya penting untuk anda mengetahui info berkaitan syarikat yang ingin dipohon. Fikirkan tentang perkara yang anda boleh sumbangkan kepada organisasi bukan sekadar menerima tetapi juga memberi. Anda perlu menonjolkan diri di antara yang lain. Sebilangan besar syarikat mencari pemimpin yang berpotensi dan berusaha memajukan diri tetapi pada masa yang sama bersikap rendah hati dan tidak sombong.
Akhir kata, rebutlah peluang yang biasanya datang sekali sahaja seumur hidup. Pilih juga biasiswa yang ditawarkan oleh syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan selepas tamat pengajian. Untuk yang berminat memohon biasiswa Gamuda bagi pengajian dalam dan luar negara, permohonan masih dibuka sehingga 4 Jun 2021. Untuk semak info lanjut biasiswa dan memohon boleh klik BIASISWA GAMUDA 2021. Semoga kisah saya ini menjadi inspirasi untuk anda semua dan semoga berjaya!
Perlukan
bantuan?