Universiti Malaya buka jalur kursus perubatan 2016/2017

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Dec 15, 2015, 11:01 am

Universiti Malaya (UM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Ijazah Sarjana Muda Perubatan UPM dan Ijazah Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) melalui ujian BMAT (UMalaya) bagi pengambilan September 2016.GREY'S ANATOMY - ABC's Tarikh Permohonan BMAT: 15 Disember 2015 - 6 Januari 2016 Kelayakan: 1. Terbuka untuk warganegara Malaysia sahaja. 2. Terbuka kepada lepasan SPM tahun 2013 dan seterusnya, STPM, pelajar Asasi Sains atau Matrikulasi dan pelajar O-Level. 3. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kredit minimum dalam Bahasa Malaysia dan Sejarah. 4. Mesti telah mencapai sekurang-kurangnya Band 3 dalam Malaysian University English Test (MUET) yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia. 5. Calon-calon yang berminat untuk menyertai akan menduduki BioMedical Admission Test (BMAT) (UMalaya). Ujian BMAT akan diadakan pada 13 Februari 2016 (Sabtu) di lokasi yang akan diumumkan. Keperluan akademik minimum untuk menduduki BMAT di UMalaya (tertakluk kepada kelulusan Senat) adalah: (i) Matrikulasi / 'Asasi Sains' / Setaraf Lulus sekurang-kurangnya Gred A- (CGPA 3.67) dalam tiga (3) mata pelajaran pada peringkat Matrikulasi / setaraf iaitu: Biologi Kimia Fizik / Matematik ATAU; (ii) STPM Lulus sekurang-kurangnya Gred A- (CGPA 3.67) dalam tiga (3) mata pelajaran pada peringkat STPM: Biologi Kimia Fizik / Matematik / Matematik Tambahan DAN; (iii) SPM / MCE atau yang setaraf dengannya  Lulus sekurang-kurangnya kredit dalam tiga mata pelajaran (3) berikut di peringkat SPM atau setaraf iaitu: Biologi Kimia Fizik Lulus dengan Gred A- (CGPA 3.67) dalam mata pelajaran berkenaan pada peringkat STPM / Matrikulasi yang boleh dianggap sebagai pengganti kepada kredit dalam mata pelajaran sama pada peringkat SPM;

  • Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia di peringkat SPM atau tahap yang setaraf dengannya;
  • Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET) sekurang-kurangnya Band 3;

Cara memohon:

  • Permohonan atas talian untuk ujian BMAT yang akan diikuti dengan kemasukan ke dalam program MBBS di Universiti Malaya akan bermula pada 15 Disember 2015 pada 12 tengah hari.
  • Hanya calon-calon yang lulus terma dan syarat yang dinyatakan dalam laman web rasmi Universiti Malaya bagi program ini akan dipanggil untuk sesi temuduga ubagi menyertai program MBBS tersebut.
  • Calon akan dimaklumkan mengenai status permohonan mereka untuk ujian BMAT (UMalaya) melalui SMS. Calon yang layak diharapkan untuk membayar yuran sebanyak RM100.
  • Bayaran boleh dibuat melalui kurier Pos atau Bank Draf dengan nama BENDAHARI, UNIVERSITI MALAYA dan diposkan kepada:

Ketua Penolong Pendaftar, Pejabat Dekan, 

Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, 

50603 Kuala Lumpur.

Yuran

  • Jumlah bayaran untuk 5 tahun pengajian MBBS di Universiti Malaya, bersamaan dengan 10 semester adalah antara RM13,000 hingga RM14,000 bagi pelajar tempatan.
  • Yuran yang ditawarkan oleh UM adalah lebih rendah berbanding dengan IPTS kerana yuran pengajian di institusi swasta adalah RM12,000 hingga RM20,000 bagi setiap semester.

Maklumat lanjut: Pejabat Dekan (Fakulti Perubatan) Tel: 03-79674941 / 03-79492106 Unit Merdu (Fakulti Perubatan) Tel: 03-79675739 / 5748 Mohon sekarang di https://bmat.um.edu.my/

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail