Berani bercakap dalam bahasa Inggeris dengan Afterschool.my!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Dec 01, 2015, 05:33 pm

surefire-last-minute-warm-up-strategies-before-English-exams-listening-to-music  

Penguasaan dan penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar Malaysia hanya berada pada tahap sederhana. Kajian daripada Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) mendapati 60 peratus ahlinya menganggap pemohon kerja kali pertama adalah lemah dalam penguasaan dan penggunaan bahasa Inggeris. Tinjauan Jobstreet pula mendapati 55 peratus majikan di negara ini percaya kelemahan peguasaan Bahasa Inggeris adalah punca utama pengangguran di kalangan mahasiswa.

 

Faktor sikap, rakan sebaya dan ibu bapa telah ditunjuk sebagai sebab utama mempengaruhi tahap penguasaan dan penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan mahasiswa Malaysia. Pelajar Malaysia didapati kurang menyukai mata pelajaran Bahasa Inggeris dan tidak menggunakan bahasa antarabangsa tersebut dalam aktiviti seharian mereka.

 

Ketua Jabatan Bahasa Inggeris, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM, Dr Sabariah Md Rashid mengatakan bahawa pelajar yang cuba berlatih menggunakan bahasa Inggeris sering dijadikan bahan ketawa yang menyebabkan semangat belajar mereka memudar dan kemudian hilang.

 

Afterschool.my sebagai portal rujukan utama bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pra-universiti di negara ini, telah mengambil inisiatif untuk memanfaatkan laman social Facebook sebagai wadah agar pelajar dapat mempratikkan penggunaan bahasa Inggeris secara aman dan terbuka.

 

Pengguna yang memiliki akaun di laman media sosial tersebut boleh mendaftar dengan hanya memasukkan nama Mastering MUET for Malaysian Students (MMFMS) pada ruang carian dan menekan butang “Join”.

 

Group admin di kumpulan dengan penetapan tertutup itu akan memastikan hanya profil Facebook yang sahih dibenarkan bergabung. Admin juga bertanggungjawab memastikan cyber-bullying tidak berlaku terhadap ahli kumpulan.

 

Kumpulan ini kini mempunyai 820 ahli termasuk tenaga pengajar profesional, pelajar dan lulusan sekolah menengah yang sedang menjalani tahun pra-universiti termasuk matrikulasi dan diploma.

 

Ahli kumpulan bebas berkongsi informasi, berlatih, memperbaiki dan menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris sesama mereka. Bahkan, topik perbincangan adalah terbuka dan tidak terhad kepada hal akademik dan tips belajar shaja, tetapi juga meliputi berita semasa serta isu menarik nan terkini.

 

Klik gambar di bawah untuk bergabung sekarang!

11337039_1439961442975389_8178020823835276350_o

 

Pautan web: https://www.facebook.com/groups/MMFMafterschool/

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail