Beli rumah sehabis kuliah

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Mar 30, 2016, 06:04 pm

Beli rumah sehabis kuliah: Pelajar yang sudah menghabiskan pelajaran di institusi pengajian tinggi kini boleh membeli rumah sebaik saja tamat pengajian.Asasi di Universiti Awam, Beli rumah sehabis kuliah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebanyak 2,114 permohonan Skim Rumah Pertamaku dengan jumlah pinjaman RM431 juta telah diluluskan sejak 2013 hingga Januari lalu. Najib berkata, berdasarkan maklumat Bank Negara, sebanyak 876 permohonan Skim Perumahan Belia dengan jumlah pinjaman RM215.5 juta pula telah diluluskan pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) dari 2013 hingga akhir Februari lalu. Perdana Menteri menegaskan, kerajaan akan terus membina rumah mampu milik terutama kepada golongan belia meskipun negara menerima kesan daripada keadaan ekonomi global yang tidak menentu. “Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan ke­perluan perumahan kepada setiap isi rumah di negara ini terutama kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana selaras dengan matlamat meningkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup rakyat. “Meskipun keadaan ekonomi global tidak menentu ekoran kejatuhan harga minyak mentah dunia dan kemerosotan nilai ringgit, kerajaan tetap akan terus membina rumah mampu milik untuk rakyat terutama kepada golongan belia,” katanya. --Utusan

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail