Bayar balik pinjaman PTPTN anda

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jan 07, 2016, 11:46 am

Dapat duit PTPTN memang seronok, tetapi adat meminjam mestilah bayar balik.image-5 BM Berikut adalah perkara yang kita perlu tahu tentang bayaran balik PTPTN:

Bila saya perlu mula bayar balik pinjaman PTPTN?

PTPTN loan - graduating on time Mula bayar ansuran pinjaman PTPTN enam bulan selepas tarikh tamat pengajian anda. Terutama bagi penerima yang menerima penukaran ujrah, tempoh bayaran balik anda akan ditetapkan mengikut baki pinjaman anda. Anda akan membayar untuk jumlah pinjaman yang dikeluarkan oleh PTPTN, termasuk kos-kos lain seperti caj layanan, perlindungan insurans, cukai setem dan pelbagai pembayaran seperti yang dinyatakan di dalam Surat Tawaran.

Bagaimana jika saya perlu lebih banyak masa untuk bayar balik pinjaman?

PTPTN loan - time and day and month and year calendar clock Anda boleh meminta untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman PTPTN anda jika anda termasuk dalam salah satu kategori di bawah ini:

  • Anda telah menamatkan pengajian dan sambung semula pengajian sepenuh masa di peringkat yang lebih tinggi. Anda akan layak bagi tempoh penangguhan untuk kursus pengajian baru.
  • Anda sedang menghadiri pengajian program berkembar secara 2 + 1 atau 2 + 2 yang memerlukan anda untuk sambung pengajian di luar negara.
  • Anda telah melanjutkan tempoh pengajian anda. Anda akan layak bagi tempoh penangguhan untuk tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh IPT.
  • Anda telah menamatkan pengajian anda dan telah bekerja. Tempoh maksimum yang dibenarkan adalah 24 bulan dari tarikh pembayaran pertama anda.
  • Anda telah menerima penajaan lain. Penangguhan hanya boleh dipertimbangkan selepas anda telah bayar jumlah yang bertindih. Anda akan layak ubagi tempoh penangguhan untuk tempoh pengajian anda.
  • Anda sedang menghadapi tindakan undang-undang terhadap diri sendiri. Penangguhan hanya boleh dipertimbangkan apabila kos undang-undang telah diselesaikan.

Penerima yang tidak termasuk dalam kategori di atas, tidak akan dipertimbangkan untuk penangguhan. Bayaran akan dikenakan sepanjang tempoh penangguhan; tempoh penangguhan akan ditentukan oleh PTPTN dan hanya akan dipertimbangkan selepas penukaran Ujrah.

Bagaimana cara mohon penangguhan bayaran?

PTPTN loan - filling in forms calculator pen Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut: (i) Surat rasmi atau borang permohonan penangguhan yang boleh diperolehi melalui portal rasmi. (ii) Surat tawaran baru daripada sebuah institusi pengajian tinggi yang menyatakan tarikh sebenar tamat pengajian; atau (iii) Surat Pengesahan daripada majikan (jika bekerja). (iv) Surat pengangguran disahkan oleh Pegawai yang diberi kuasa seperti yang ditetapkan oleh PTPTN. (v) Penyata KWSP terkini; atau (vi) Surat Pengesahan daripada KWSP mengesahkan penerima masih belum membuat apa-apa sumbangan. Nota: a) Dokumen yang diperlukan untuk penerima yang sedang belajar adalah perkara (i) hingga (iii) b) Dokumen yang diperlukan untuk penerima yang sedang bekerja adalah perkara (i) hingga (iii).

Bolehkah saya pilih untuk tidak bayar balik pinjaman PTPTN saya?

BOLEH!!! Klik di sini.

Ada hutang, adalah bunga. Berapa faedah yang saya kena?

PTPTN - money ringgit malaysia counting Kadar faedah adalah 1.00% setahun dan perlu berkuatkuasa mengikut tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian. Walau bagaimanapun, mereka yang menyelesaikan pinjaman sepenuhnya sebelum tempoh enam bulan ini tidak akan dikenakan sebarang kos pentadbiran.

Apakah yang akan berlaku sekiranya saya gagal bayar balik pinjaman?

cash certificate diploma degree money PTPTN akan mengenakan hukuman kepada peminjam yang gagal bayar balik pinjaman mereka pada masa yang ditetapkan. Peminjam bermasalah akan diberi sehingga tiga peringatan dan selepas itu PTPTN akan menyenarai hitam peminjam bermasalah ini. Orang-orang yang disenarai hitam akan dilarang daripada pergi ke luar negara, dan tidak dibenarkan untuk memperbaharui pasport mereka.

Apa yang akan berlaku jika saya tidak meneruskan atau membatalkan pinjaman PTPTN saya?

money students Peminjam yang telah gagal, diberhentikan, menukar kursus atau memperolehi penaja lain perlu membayar jumlah pinjaman mereka sekaligus. Kaedah ansuran tidak akan ditawarkan untuk kes ini.

Jadi berapa banyak yang saya perlu bayar balik?

PTPTN loan - calculating loan repayment bank account book PTPTN telah menyediakan kalkulator lengkap dalam talian dengan faedah dan yuran perkhidmatan termasuk dalam formula untuk membantu anda memikirkan perkara ini. Kalkulator pinjaman konvensional adalah untuk pinjaman tetap dengan bayaran perkhidmatan sebanyak 3%. Kalkulator pinjaman Ujrah adalah bagi pinjaman yang ditukar kepada sistem bayaran balik Ujrah dengan bayaran perkhidmatan hanya 1%. AS-PTPTN-600x200-

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail