Baucar Buku 1Malaysia kembali lagi!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Mar 04, 2016, 05:23 pm

Berita baik untuk semua pelajar, Baucar buku 1Malaysia kembali!baucar-buku-1m, Baucar Buku 1Malaysia Tahun ini, peruntukan sebanyak RM300 juta untuk Baucar Buku 1Malaysia, yang akan diedarkan kepada 1.2 juta pelajar di seluruh negara. Menurut menteri, Datuk Seri Idris Jusoh, pengedaran Baucar Buku 1Malaysia akan bermula pada minggu kedua bulan Mac. Baucar yang bernilai RM250 itu akan tamat tempoh sahnya sehingga 30 Jun. Kerajaan seperti dalam Bajet 2016 telah mengetatkan syarat baharu penggunaan Baucar Buku 1Malaysia. Mulai tahun 2016, BB1M hanya boleh ditebus dikedai buku yang diiktiraf sahaja dan tidak boleh ditebus di mana-mana kedai buku yang tidak di iktiraf. Syarat khusus ini bertujuan supaya pelajar IPT tidak menyalahgunakan Baucar Buku tersebut. Antara syarat-syarat untuk mendapat BB1M ialah:

  • Warganegara Malaysia yang berada di Malaysia dalam tempoh pelaksanaan BB1M 2016,
  • Sedang melanjutkan pengajian dan berstatus aktif pada 31 Disember 2015,
  • Sedang melanjutkan pengajian di Tingkatan 6,
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM),
  • Diploma Kolej Vokasional (Tahun 3 dan 4),
  • Matrikulasi, Pengajian Asasi (Foundation),
  • Asasi,
  • A-Level,
  • Diploma,
  • Diploma Lanjutan,
  • Sarjana Muda,
  • Sarjana,
  • Doktor Falsafah dan
  • Kursus profesional yang bertaraf diploma
BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail