Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Sep 13, 2021, 02:56 am
Bantuan pendidikan program matrikulasi. Kepada anda yang bakal melanjutkan pengajian ke matrikulasi, anda wajib tahu mengenai bantuan pendidikan yang disediakan oleh kerajaan berserta syarat untuk memohon bantuan berkenaan.
Berikut kami kongsikan soal jawab berkaitan bantuan pendidikan matrikulasi yang diperuntukan dibawah kerajaan untuk pelajar yang melanjutkan pengajian ke matrikulasi.
Adakah bantuan pendidikan disediakan?
Bilakah bantuan sara hidup pelajar (BSHP) akan diterima oleh pelajar?
Pelajar yang layak akan menerima BSHP selepas kolej menerima dokumen yang lengkap. Pembayaran akan dibuat terus ke akaun pelajar.
Saya telah menerima biasiswa daripada JPA, adakah saya masih layak untuk menerima BSHP?
Tidak kerana hanya satu biasiswa daripada agensi kerajaan sahaja layak diterima oleh pelajar. Walau bagaimanapun, pelajar boleh menerima bantuan daripada agensi luar seperti Pusat Zakat Negeri, Baitulmal dan lain-lain.
Bagaimana cara untuk memohon bantuan pendidikan Matrikulasi?
Caranya adalah dengan mendaftar masuk ke matrikulasi yang ditawarkan, kemudian pihak kolej matrikulasi akan membantu pelajar yang berkelayakan untuk mengemukakan permohonan bantuan pendidikan berkenaan. Biasanya pada minggu orientasi, pelajar akan dimaklumkan mengenai bantuan tersebut dan sesiapa yang layak boleh mengemukakan permohonan di kolej matrikulasi masing-masing.
Perlukan
bantuan?