logo
logo

    Courses

    Institutions

AsasiPintar

Afterschool

Afterschool

February 3, 2016





Program AsasiPintar adalah program yang dikelolakan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak Mei 2012. AsasiPintar diwujudkan sebagai satu jalan untuk pelajar meneruskan pelajaran di UKM.

Kenapa pilih kursus ini?

AsasiPintar menekankan pembangunan secara holistik kepada pelajar seperti fizikal, emosi, kerohanian, intelektual, dan sosial. Pelajar juga didedahkan dengan kemahiran mengkaji dan menganalisis, yang diiktiraf oleh American College Board Advance Placement Programme.

Syarat masuk

  • Pemohon hendaklah berusia 18 tahun ke bawah sebelum tarikh permohonan.
  • Pemohon hendaklah mendapat 7 A dalam subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Biologi, Fizik, Kimia, Matematik dan Matematik Tambahan.
  • Sihat tubuh badan.
  • Pemohon diwajibkan mengambil ujian kecerdasan (sebelum dan selepas kemasukan) - UKM2 (ujian kelayakan IQ) - mengkaji corak data, ingatan memori numerikal, mencari persamaan dan perbezaan, pengkategorian, simbol, sinonim, pemahaman, asas mengira.

Matapelajaran

Bahasa Inggeris adalah bahasa yang akan digunakan untuk mengajar, kecuali Jati Diri Kebangsaan yang akan diajar dalam Bahasa Malaysia. Dua pilihan aliran tersedia iaitu Sains dan Sains Sosial. Aliran Sains Sosial TIDAK ditawarkan kepada pelajar Lepasan SPM. Aliran ini hanya ditawarkan kepada pelajar lepasan Kolej PERMATApintar Negara SAHAJA. Aliran Sains AS-BM-Pelajar-Asasi-Pintar-Kursus-2 Aliran Sains Sosial AS-BM-Pelajar-Asasi-Pintar-Kursus-1

Kaedah penilaian

Pengajian Program ini berlangsung dari Mei hingga April tahun berikutnya. Peperiksaan Penilaian subjek terbahagi kepada:
  • Penilaian dalaman (40%)
  • Penilaian luaran (60%)
  • Penilaian dalaman hanya dinilai pada Ujian Akhir Tahun sahaja, sementara penilaian luaran termasuklah kuiz, tugasan, laporan makmal, ujian pertengahan tahun dan perbentangan dsb.
Gred Penilaian akan digredkan berdasarkan CGPA dari 0.0 hingga 4.0.
Biaya
Yuran pengajian (RM 700) akan disubsidi oleh kerajaan melalui Bantuan Kewangan KPT sebanyak RM 1960 per semester. Pelajar kebiasaanya membayar yuran kolej penginapan menggunakan wang lebihan Bantuan Kewangan KPT. Kadar penginapan adalah tertakluk kepada kolej.

Cara daftar

Pemohon boleh memohon Program AsasiPintar secara online melalui laman web Unit Pusat Universiti (UPU) mulai Januari hingga April. Baca panduan mengisi UPU dari Afterschool.my di sini.

Jalan ke uni

Pelajar AsasiPintar mempunyai dua jalan untuk meneruskan pelajaran selepas menamatkan kursus. Belajar di luar negara: Beberapa universiti di United Kingdom menerima kelayakan dari AsasiPintar seperti University of Manchester, Edinburgh, Leeds dan Bristol. Sesetengah universiti menerima keputusan SPM 1119 sebagai kemahiran Bahasa Inggeris, manakala sesetengah pula menerima IELTS. Malaysia: Sementara AsasiPintar ini diwujudkan sebagai persediaan pelajar (feeder) untuk ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Perlu diingatkan syarat kemasukan ke Fakulti adalah tertakluk kepada pihak Fakulti.
logo

Company

Students
Get in touch

© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.

footer background