
Asasi adalah kursus pra universiti yang ditawarkan oleh universiti awam di Malaysia. Kursus ini terdapat di UM, UIAM, UiTM, UPM, USIM, UPNM, dan UNIMAS.
Tempoh program Asasi bergantung pada kursus yang ditawarkan, dari Program Satu Tahun (PST) dan Program Dua Tahun (PDT).
Kenapa pilih kursus ini?
Tidak seperti Tingkatan Enam atau Matrikulasi, Asasi dibentuk khusus untuk persediaan pelajar untuk menghadapi kurikulum di universiti.
Terdapat dua jenis kursus dalam program Asasi, iaitu jenis 'terbuka' dan 'tertutup'.
Terbuka: Diiktiraf oleh universiti lain untuk meneruskan pengajian ijazah sarjana muda.
Contoh:
Tertutup: Hanya diiktiraf oleh universiti yang menawarkan asasi dan tidak kepada universiti lain.
Contoh:
Syarat layak masuk
Pemohon dikehendaki lulus dengan 5 kredit dalam SPM termasuk Bahasa Malaysia.
Asasi biasanya ditawarkan kepada pelajar Bumiputera. Bagaimanapun, terdapat enam kursus Asasi ditawarkan kepada bukan bumiputera iaitu:
- AsasiPintar di UKM
- Asasi Sains Pertanian di UPM
- Empat kursus asasi di UPNM
Pilihan matapelajaran
Terdapat pelbagai jenis aliran dalam asasi. Setiap UA mempunyai programnya sendiri yang mengambil masa antara satu atau dua tahun. Sebagai contoh, UiTM menawarkan program asasi seperti berikut:

Pelajar dinasihatkan untuk mengkaji program asasi yang ditawarkan oleh universiti.
Kaedah penilaian
Pengajian
Program asasi biasanya mempunyai satu tahun pengajian (dua semester), tetapi boleh dilanjutkan kepada dua tahun melalui Program Dua Tahun (PDT).
Ujian
Peperiksaan diadakan mengikut semester. Bergantung pada universiti tersebut, berkemungkinan ada peperiksaan tambahan, sebagai contoh, UIAM mengadakan peperiksaan Bahasa Arab.
Nilai
Gred diberikan mengikut kaedah CGPA. CGPA tertinggi ialah 4.0, dan pelajar dikehendaki mendapat sekurang-kurangnya 2.0 CGPA atau lebih.
Yuran
Yuran disubsidikan oleh kerajaan. Sebagai tambahan, pelajar diberi elaun RM1,250 satu semester. Yuran pengajian sebanyak RM350 dan kos penginapan sebanyak RM360 per semester. Penginapan disediakan oleh pihak universiti.
Cara daftar
Permohonan untuk Asasi boleh dibuat secara online melalui laman web Unit Pusat Universiti (UPU) dari Januari hingga minggu pertama April. Permohonan boleh dilakukan dengan mendapatkan nombor pin khas dari Bank Simpanan Nasional (BSN).
Baca panduan mengisi UPU dan memilih kampus dan kursus anda di sini.
Jalan ke Uni
Luar Negara
Universiti di luar negara tidak mengiktiraf asasi, jadi perlu sambung ke universiti tempatan dalam ijazah sarjana muda sebelum ke universiti luar negara.
Tempatan
Program Asasi akan diadakan selama setahun dan membenarkan pelajar untuk bekerja dalam tempoh setahun selepas graduasi sebelum menyambung pelajaran dalam ijazah sarjana muda, dalam lingkungan umur 21-22 tahun.
Pelajar dikehendaki membayar semula elaun tersebut jika tidak dapat menghabiskan pengajian.