Aplikasi Jam Penggera Paling Menjengkelkan di Dunia!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jul 16, 2018, 02:53 am

Korang mesti pernah hadapi masalah sukar bangun tidur atau senang cakap tidur mampus. Mesti pernah kan?. Tak kiralah yang dah bekerja, masih belajar di sekolah atau IPT sekalipun, masalah ini sudah menjadi kebiasaan. Susah bangun tidur ini sebenarnya memberi kesan buruk dari segi atitude individu. Ramai yang dibuang kerja, gagal dalam pengajian di IPT hanya disebabkan bangun lambat. 

 

Pelbagai cara digunakan untuk bangun daripada tidur tepat pada masanya dan majoriti kita menggunakan alarm telefon. Persoalannya, ramai ke yang bangun selepas menutup alarm yang di set di telefon masing-masing. Rasanya ramai yang tutup sahaja kemudian terus tidur semula. Dalam kepala otak korang, alaa kejap lagilah, 5 minit lagi aku bangun lah. Sampai ke sudah tak bangun. Apabila terjaga, mencicit-cicit lari sebab dah terlewat. Bila pergi kerja/kelas lambat mulalah cipta pelbagai alasan. Takkan selamanya korang nak hidup dalam keadaan yang kelam kabut setiap hari?. Jadi, hari ini kami dedahkan kepada korang aplikasi alarm paling annoying di dunia iaitu :

 

Aplikasi jam penggera paling menjengkelkan di dunia ini berada di rank #1 dalam kategori di 92 buah negara termasuk Jerman, Perancis, dan Korea Selatan. Gelaran paling menjengkelkan ini diberikan kerana cara hendak mematikan bunyi penggera jam sangatlah menguji kesabaran sekaligus membuatkan sindrom mengantuk, malas korang itu automatik akan hilang. Apa kata korang try install dan tengok sejauh mana syaitooonnye jam ni. Bagaimana nak install?. Mudah sahaja, seperti biasa pergi ke playstore dan install dengan taip nama alarm dibawah.

 

 

Selesai install, korang set dulu pukul berapa korang hendak bangun. Kemudian pilih cara untuk matikan alarm tersebut apabila berbunyi. Bagaimana untuk mematikan penggera?.

 

 

Pertama, ambil gambar untuk matikan penggera alarm. Korarang perlu set dahulu gambar contohnya toilet, mangkuk jamban, sink atau apa sahaja yang korang rasakan boleh elakkan korang tidur semula. Sebaiknya, tempat pertama yang korang tuju selepas bangun dari tidur. Selagi korang tak ambil gambar yang telah di set, selagi itulah alarm itu akan berbunyi bingittt. 

 

 

Cara kedua, shake 50 kali atau selesaikan masalah matematik untuk mematikan penggera alarm. Ini mencabar, sesiapa otak matematik mungkin akan mengalami masalah juga terutamanya selepas bangun tidur kan. Kalau yang allergic dengan matematik, bolehlah cuba shake sampai 50 kali. Elok juga tu exercise pagi-pagi. Takdelah mengelebeh lengan korang. 

 

 

Ada bran ke?. Cubalah sehari install dan korang boleh tengok sejauh mana kejamnya alarm ni. Jangan dihempuk telefon tu sudah. Kalau hempuk pun, korang yang menyesal. Jadi siapa kata teknologi ini melalaikan?. Kalau gunakan dengan cara yang betul, korang akan dapat manfaat daripadanya seterusnya mengubah tabiat suka datang lambat ke sekolah/kuliah/kerja. 

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail