Apakah PTPTN dan Mengapa Ianya Penting Kepada Anda?

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Apr 12, 2022, 07:36 am

Apa itu PTPTN?

PTPTN , atau Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ialah sebuah agensi Kementerian Pendidikan (KPM) yang menawarkan bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di institusi awam dan swasta.

 

 

 

Siapa yang layak memohon PTPTN?

Secara amnya, anda mestilah pelajar Diploma atau Sarjana Muda untuk melayakkan diri untuk permohonan pinjaman PTPTN.

  • Anda mestilah warganegara Malaysia.
  • Anda mesti berumur di bawah 45 tahun.
  • Anda mesti ditawarkan tempat di IPTA/IPTS yang diiktiraf oleh KPM/MQA.
  • Kursus anda hendaklah mendapat kelulusan KPM / mempunyai Sijil Akreditasi yang sah daripada MQA (untuk universiti swasta).
  • Anda mesti tiada penaja lain.
  • Anda mesti mempunyai akaun SSPN-i.
  • Selain itu, pinjaman PTPTN meliputi kursus profesional seperti ACCA dan ICAEW, serta pengajian Pascasiswazah yang ditawarkan oleh institusi awam sahaja.
  • Semak cara membuka akaun SSPN-i dan memohon PTPTN secara dalam talian .

 

 

 

Mengapa PTPTN penting kepada anda?

Anda mungkin berasa was-was untuk memohon pinjaman pendidikan tinggi anda kerana mungkin bimbang tidak dapat membayar balik pinjaman. Dengan PTPTN, anda tidak perlu risau mengenai itu memandangkan PTPTN merupakan agensi dibawah kerajaan. Di bawah adalah 5 sebab mengapa anda perlu memohon pinjaman PTPTN :

 

1. Ringankan beban kewangan anda

Yuran pengajian agak membebankan terutamanya di IPTS. Masalah kewangan menjadi punca ramai yang tidak menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi walaupun mendapat keputusan yang cemerlang dan menerima tawaran daripada universiti. Dengan bantuan PTPTN, mereka boleh melanjutkan pengajian seterusnya mencorak masa depan yang lebih baik. 

 

2. Kadar faedah yang rendah mengurangkan tekanan kewangan anda

Berbanding pinjaman daripada pihak luar (bank/kemudahan kredit), PTPTN mempunyai kadar faedah yang sangat rendah iaitu hanya 1%. Ini memudahkan anda membayar balik pinjaman dengan jumlah yang kecil selepas anda menamatkan pengajian. Rujuk contoh dalam gambar di bawah:

 

3. Anda boleh memilih cara untuk menyelesaikan pembayaran balik pinjaman

Selepas tamat pengajian, anda diberi kelonggaran selama 12 bulan sebelum dikehendaki untuk mula membayar balik pinjaman anda. Dalam tempoh setahun berkenaan, anda mungkin telah memperolehi pekerjaan dan berkemampuan untuk membuat bayaran balik pinjaman. Anda mempunyai dua pilihan untuk menyelesaikan pembayaran anda:

 

a) Bayaran bulanan

Ini adalah kaedah biasa yang dipilih oleh kebanyakan pelajar. Anda boleh membayar balik pinjaman secara ansuran dengan wang yang anda peroleh dari pekerjaan pertama. Kadar faedah juga rendah, jadi jumlah itu tidak akan menjejaskan simpanan anda. 

b) Membayar balik sepenuhnya

Jika anda mempunyai wang tunai tambahan, atau ibu bapa anda dapat membantu anda membayar balik sepenuhnya. Dengan bayaran penuh, anda tidak perlu lagi memikirkan tentang pinjaman! Selain itu, kerajaan menawarkan rebat untuk penyelesaian awal dan/atau pembayaran jumlah tunggal.

 

 

 

4. Anda boleh dikecualikan daripada membayar balik

Belajar bersungguh-sungguh dan memperolehi keputusan yang cemerlang boleh membantu anda bebas daripada hutang PTPTN. Dengan mendapat kepujian kelas pertama, anda akan dikecualikan daripada membayar balik PTPTN. Terdapat kriteria tertentu yang mesti anda capai walaupun telah menamatkan pengajian dengan kepujian kelas pertama sebelum layak mendapat pengecualian tersebut :

  • Anda mesti mengikuti pengajian di peringkat ijazah sahaja
  • Kursus anda mestilah sepenuh masa.
  • Anda mesti menamatkan pengajian dalam tempoh yang dinyatakan dalam perjanjian pinjaman. Anda mungkin tidak menikmati faedah ini sekiranya anda terpaksa extend pengajian walaupun satu semester
  • Anda tidak boleh menjadi penerima tajaan lain.
  • Anda mesti mengemukakan permohonan pengecualian dalam tempoh setahun dari tarikh konvokesyen anda.
  • Kursus anda mesti mendapat akreditasi MQA.

 

 

 

5. Anda boleh berunding dengan PTPTN untuk melanjutkan tempoh bayaran

Adalah difahami jika anda bergelut untuk membayar balik pinjaman PTPTN sekiranya baru memulakan pekerjaan pertama, PTPTN menawarkan rundingan bayaran balik dengan melanjutkan tempoh bayaran dengan kadar bayaran bulanan yang lebih rendah jika alasan yang diberikan munasabah. Berikut adalah tempoh kebiasaanya mengikut jumlah pinjaman. 

  • Kurang daripada RM 10,000: 5 tahun
  • RM 10,000 - RM 20,000: 10 tahun
  • RM 22,000 - RM 50,000: 15 tahun
  • Lebih daripada RM50,000: 20 tahun

 

Nak tahu lebih lanjut? Berikut adalah senarai artikel perkongsian mengenai PTPTN yang mungkin perlu anda ketahui. 

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail