Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Dec 17, 2019, 04:34 am
Bulan Januari sehingga Mac boleh dikatakan bulan honeymoon untuk lepasan SPM sementara menunggu keputusan. Cuti-cuti panjang ni takkan nak duduk di rumah saja kan?. Apa kata korang buat aktiviti yang menyeronokkan selain boleh memberi manfaat. Kalau tak ada idea, berikut dikongsikan antara aktiviti yang boleh dibuat sepanjang cuti panjang ini.
Join Kursus Kemahiran
Banyak kursus kemahiran jangka pendek yang boleh korang join. Contoh kursus memasak, menjahit, make-up, kursus komputer dan lain-lain mengikut minat masing-masing. Tamat kursus, bukan sahaja dapat ilmu tapi turut diberi sijil pengiktirafan. Esok-esok kalau lambat atau gagal dapat kerja, bolehlah guna kemahiran yang ada untuk cari makan sementara dapat kerja yang korang mohon.
Join Bengkel Kerjaya
Join bengkel kerjaya ni bagus untuk korang tahu pekerjaan apa yang relevan pada masa kini dan hadapan, tangga gaji dan sebagainya. Bila berbincang pasal masa depan ni, kami yakin semua orang teruja, jadi tak rugi kalau korang join bengkel berkaitan kerjaya. Tak adalah korang tersilap semasa memilih bidang pengajian di universiti nanti. Tamat belajar, peluang kerja terbuka luas, gaji pun tinggi.
Belajar Buat Bisnes Online
Ada ke yang kurang teruja kalau belajar benda yang boleh tebalkan poket korang?. Orang gila sahaja yang anggap belajar buat bisnes ni tak menyeronokkan. Zaman sekarang, ramai yang buat duit secara online. Jadi agen dropship (jual produk orang lain), review produk, buat produk sendiri dan jual secara online.
Kalau nak poket tebal, join la kelas belajar buat bisnes online untuk belajar daripada pakar, barulah untung pun banyak. Kalau bernasib baik, sambung belajar nanti tak perlu buat pinjaman, bayar yuran pakai untung bisnes je. Korang boleh Join Bengkel Learn Work Fun yang dianjurkan oleh UNITAR International University. Dalam bengkel tersebut, diajar cara berbisnes dengan betul dan paling best belajar cara bina aplikasi bisnes!.
Join Club/Society
Sepanjang cuti ni korang digalakkan untuk join mana-mana clubs atau societies yang boleh memberi manfaat. Selain dapat kenal ramai orang, banyak aktiviti yang diadakan. Melalui aktiviti-aktiviti tersebut, korang boleh bertukar pendapat, bertanya soalan, berkongsi ilmu dan sebagainya. Contoh, kalau korang join clubs atau society universiti, bolehlah bertanya mengenai info kemasukan ke universiti, kursus yang ada peluang kerja, kemudahan dan sebagainya. Jadi mudah untuk korang buat pilihan nanti.
Dapatkan Pengalaman Belajar Di Universiti
Kalau korang join club atau society dekat universiti, korang gerenti akan berpeluang melawat ke universiti tersebut. Lihat kemudahan yang disediakan, cara pensyarah mengajar, environment di universiti dan sebagainya seterusnya boleh dijadikan persediaan sekiranya ditawarkan kelak.
Kalau nak rasai pengalaman belajar di universiti, korang boleh join bengkel ‘Learn Work Fun’ yang dianjurkan oleh UNITAR International University. Bengkel tersebut memberi peluang untuk korang rasai pengalaman sebenar sebagai pelajar di universiti. Tajuk bengkel pun 'Learn Work Fun', dah tentu takkan membosankan kalau korang join!.
Jadi, kalau korang masih tak pasti program apa yang boleh disertai, tak perlu fikir panjang korang boleh join Bengkel ‘Learn Work Fun’ yang dianjurkan oleh UNITAR International University. Bengkel selama sebulan bermula pada 6 Januari sehingga 6 Februari 2020 tersebut, menjanjikan pelbagai aktiviti menyeronokkan selain memberi manfaat.
Antaranya ‘A Taste of Italy: Panna Cotta’, korang akan diajar cara menyediakan Italian Dessert oleh Chef terkenal, aktiviti ‘Manage Your Money Better’ korang akan belajar cara urus kewangan diri, Aktiviti ‘Build a Business App with OrangeKloud Emobiq’ cara buat aplikasi bisnes dan paling best korang berpeluang merasai sendiri pengalaman belajar di kampus universiti!.
Jadi, kepada yang berminat, boleh terus daftar dengan scan barcode dibawah atau klik DAFTAR BENGKEL LEARN WORK FUN untuk ke laman rasmi pendaftaran. Sebarang pertanyaan, korang boleh hubungi melalui WhatsApps dengan klik link http://www.wasap.my/601110512825. Daftar sekarang sementara masih ada kekosongan. Semoga berjaya!.
Perlukan
bantuan?