
Afterschool Team
April 21, 2016
Jawab soalan-soalan berikut.
(Terangkan tulisan dengan menggunakan 'kunci tetikus')
1. Berapa lamakah mereka ini berkhemah di sini?
Jawapan: Tidak lama, mungkin beberapa hari, kerana jambang mereka masih belum tumbuh lebat.
2. Adakah mereka mahir dalam setiap tugas masing-masing?
Jawapan: Tidak sangat, kerana lelaki itu salah teknik dalam menyiang ikan, kapak yang digunakan terlalu besar untuk memotong ranting, dan benang yang digunakan untuk menjahit terlalu panjang.
3. Adakah sungai ini boleh dimudiki?
Jawapan: Boleh, kerana terdapat sampan di seberang sungai, dan terdapat beberapa pancing di tepi sungai menunjukkan arus sungai tersebut tidak terlalu deras.
4. Berapa lama kain di jemuran tersebut akan kering?
Jawapan: Cuaca panas dan berangin, mungkin dalam masa satu jam.
5. Adakah bunga matahari itu akan tumbuh lebih besar?
Jawapan: Tidak, kerana daun bunga tersebut sudah layu menunjukkan bunga tersebut sudah mengembang ke tahap paling matang. Di samping itu ada beg di sebelahnya menunjukkan biji bunga tersebut sudah dituai.
6.Berapa jauhkah tempat perkhemahan tersebut dari bandar?
Jawapan: Terdapat antena TV menunjukkan rumah tersebut dapat resepsi siaran, tetapi tidak ada bekalan air paip memandangkan ada perigi di situ, jadi berkemungkinan kawasan tersebut dalam lingkungan 100 kilometer dari bandar terdekat. Terdapat kren tersebut menunjukkan ada bangunan yang sedang dibina, menunjukkan satu pembinaan bangunan besar di sekitar kawasan tersebut.
7. Ke mana kapal terbang itu pergi?
Jawapan: Sekitar bandar ini kerana kapal terbang tersebut sedang menyembur racun serangga. Perhatikan juga arah bunga matahari menghadap.
Berapa soalan yang mampu kamu jawab?
Jika industri perisikan tidak menarik minat kamu, cepat lawat segmen Kerjaya kami dan buat keputusan lain!