Ada usul hapuskan matrikulasi

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Mar 25, 2016, 11:34 am

Ada usul hapuskan matrikulasi: Wakil rakyat dakwa lulusan program matrikulasi tidak cukup matang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.matrikulasi, Ada usul hapuskan matrikulasi Ahli parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud dari Parti Amanah Negara (PAN) mengatakan program berkenaan sepatutnya digantikan de­ngan tingkatan enam yang menurutnya, jauh lebih matang berbanding pelajar dari matrikulasi. “Saya mahu membawa cadangan mengenai tingkatan enam, sebagai bekas pensyarah selama 14 tahun di universiti, saya dapat membezakan kualiti pelajar yang datang daripada tingkatan enam dan matrikulasi. “Saya sedar matrikulasi adalah jalan pintas untuk meningkatkan jumlah pelajar bumiputera di universiti berbanding tingkatan enam, adakah kerajaan melihat semula kerelevanan sistem ini, biarkan ada satu tingkatan enam sahaja yang menghasilkan penuntut lebih matang dan bersedia ke universiti,” katanya. Cadangan Siti Mariah bagaimanapun dibidas Dr. Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) yang menegaskan program matrikulasi telah berjaya melahirkan ramai pakar bumiputera termasuk dalam bidang sains. “Dasar ini sudah lama, dasar ini melahirkan pakar sains, pemimpin-pemimpin di Malaysia, saya sendiri lahir daripada matrikulasi." Sementara itu, dalam perbahasannya, Anuar berkata, ibu bapa tidak sepatutnya melihat tingkatan enam sebagai pilihan terakhir jika gagal memasuki universiti atau matrikulasi, sebaliknya ia adalah persediaan terbaik sebelum melanjutkan pelajaran.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail