
A-Level atau Advanced Level, adalah kursus pra-universiti yang ditawarkan oleh institusi swasta dalam pendidikan tinggi.
A-Level adalah sama seperti Tingkatan Enam di UK. Ia popular sebagai satu langkah menuju ke ijazah sarjana muda kerana terdapat banyak bidang yang ditawarkan.
Kenapa pilih kursus ini?
A-Level adalah yang paling popular dalam pengajian pra-universiti yang dianjurkan institusi swasta, dengan 40 kursus untuk dipilih dan program pra-universiti paling fleksibel di dunia.
Syarat masuk
Pemohon yang sudah menduduki SPM perlu mendapat keputusan minima 5 kredit termasuk Bahasa Inggeris untuk menduduki A-Level.
GCE O-Level juga diterima.
Pilihan Matapelajaran
Terdapat 40 subjek yang ditawarkan dalam A-Level dan pemohon dibenarkan mengambil minimum 3 subjek, dan maksimum 4 subjek.
Subjek yang ditawarkan berbeza mengikut institusi masing-masing.
Pelajar yang belajar di Malaysia juga diperlukan untuk mengambil subjek Bahasa Malaysia serta Pendidikan Islam / Moral.
Kaedah Penilaian
Pengajian
Program terbahagi kepada dua iaitu Advanced Subsidary (dikenali sebagai AS Level) dan A2 Level, di mana gred akhir akan dikira berdasarkan 50% dari keputusan AS dan A2. Masa belajar A-Level biasanya lebih kurang 18 bulan.
Peperiksaan
Gred A-Level bergantung 100% pada dari markah berdasarkan peperiksaan dengan sesetengah subjek memerlukan markah dari latihan praktikal.
Nilai
Setiap kertas soalan yang ditanda akan diberi gred *A hingga E dengan maksimum bagi 3 subjek ialah A*A*A* manakala 4 subjek ialah A*A*A*A*.
Yuran
- Brickfields Asia College: RM25,900 (Sains), RM22,900 (Sastera)
- German-Malaysian Institute: RM28,000 (Sains), RM22,900 (Sastera)
- Taylor’s College Subang Jaya: RM44,000 (Sains), RM44,000 (Sastera)
- Taylor’s College Sri Hartamas: RM39,960 (Sains), RM39,960 (Sastera)
- HELP University: RM38,500 (Sains), RM38,500 (Sastera)
- UCSI University: RM37,300 (Sains), RM34,600 (Sastera)
- ATC College: T/P (Sains), RM31,000 (Sastera)
- Disted College: RM21,080 (Sains) RM21,080 (Sastera)
- Institut Sinaran Sabah: RM17,500 (Sains), RM15,700 (Sastera)
- INTEC Education College: RM41,400 (Sains), T/P (Sastera)
- INTI International College Subang: RM32,580 (Sains), RM38,500 (Sastera)
- INTI International College Penang: RM25,800 (Sains) RM38,500 (Sastera)
- INTI International College Nilai: RM23,400 (Sains) RM38,500 (Sastera)
- First City University College (dulu KBU International College) : RM31,530 (Sains) T/P (Sastera)
- KDU University College: RM30,710 (Sains) RM32,960 (Sastera)
- President College: RM27,000 (Sains) RM13,500 (Sastera)
- Sunway University College: RM36,660 (Sains) RM34,560 (Sastera)
- Stamford College: RM24,240 (Sains) RM21,340 (Sastera)
- Terra College: RM15,550 (Sains) RM12,500 (Sastera)
- Tunku Abdul Rahman University College: RM17,400 (Sains) RM13,500 (Sastera)
T/P: Tidak diperolehi ketika dihubungi.
Cara daftar
Cambridge International Examinations dan Edexel International Examinations adalah dua badan antarabangsa yang diiktiraf menawarkan pelbagai kelayakan seperti IGCSE, O-Level, AS Level dan A Level. Silibus mungkin berbeza kedua-duanya diiktiraf oleh semua kolej, universiti ataupun majikan di seluruh dunia.
Di Malaysia, dua badan ini menawarkan GCE A-Level, kebanyakannya dari Cambridge (CE), dan London (Edexel).
Jalan ke Uni
Luar Negara
A-Level adalah kelayakan yang paling diterima di seluruh dunia. Dengan lulus A-Level, anda boleh melanjutkan pelajaran ke beberapa buah negara seperti UK, Ireland, AS, Kanada, Australia, New Zealand, India, Singapura, Mesir, Jordan, Afrika Selatan, Belanda, Jerman and Sepanyol.
A-Level di Malaysia adalah sama seperti di United Kingdom, dan diterima di semua universiti di seluruh United Kingdom. Lebih 450 buah universiti di Amerika Syarikat, termasuk Ivy League juga menerima A-Level dari Malaysia.
Malaysia
A-Level diterima di seluruh institusi swasta tempatan. Bagi institusi awam, cuma
Universiti Sains Malaysia dan
Universiti Malaya sahaja yang menerima A-Level dari Malaysia.