logo
logo

    Courses

    Institutions

95,000 Pelajar Sekolah di Negeri Terengganu akan Diwajibkan Suntikan Vaksin?

Afterschool

Afterschool

September 6, 2021





Memandangkan sekolah akan dibuka bermula 3 Oktober bulan hadapan, seramai 95,000 pelajar di negeri ini bakal menerima vaksin menerusi Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 (PICK) tidak lama lagi.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) negeri, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, program PICK untuk golongan pelajar berusia 13 hingga 17 tahun itu selaras dengan pembukaan sesi persekolahan bermula Oktober ini.

Katanya, pihaknya menjangkakan program untuk pelajar peringkat menengah itu dapat dilaksanakan sebelum sesi persekolahan bermula.

"Kita akan mulakan proses berkenaan sebaik sahaja menerima garis panduan pelaksanaan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya ketika meninjau proses vaksinasi secara walk-in di Pusat Pengambilan Vaksin (PPV), Dewan Utama Majlis Daerah Marang, di sini, hari ini.

Beliau berkata, dari segi kapasiti seperti petugas, tempat dan bekalan vaksin mencukupi dan berkemampuan untuk melaksanakan program berkenaan dan JKNT sedang menunggu garis panduan pelaksanaan dan berharap program berkenaan dapat dilaksanakan sebelum sesi persekolahan bermula. 

Persoalannya disini adakah suntikan vaksin ini akan mendapat kebenaran ibu bapa terlebih dahulu kerana pelajar masih dibawah umur dan adakah ianya wajib diambil. Jika ya, bagaimana untuk pelajar yang ibu bapanya tidak membenarkan mereka untuk mengambil vaksin?. Diharap pihak KKM dan kerajaan dapat menjelaskan secara lebih terperinci memandangkan hak untuk mendapatkan suntikan vaksin ini adalah hak individu. 

Jika semua pelajar diwajibkan untuk mengambil vaksin, bermakna ianya bukanlah pilihan individu lagi dan kerajaan perlu menwajibkan suntikan vaksin untuk semua warganegara termasuk rakyat asing yang menetap di Malaysia. Apa kata anda, adakah anda bersetuju menerima suntikan vaksin?

logo

Company

Students
Get in touch

© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.

footer background