9 tips berguna untuk jadi tutor sambilan

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Nov 20, 2015, 06:26 pm

Apabila SPM semakin berakhir, ramai pelajar berasa bosan kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika ini.feature - 9 helpful tips to start becoming a part-time tutor bored SPM graduate student Walau bagaimanapun, pelajar dengan otak bergeliga tahu bahawa ini merupakan masa yang tepat untuk menjadi seorang tutor sambilan. Menjadi seorang tutor bukan sahaja mendapat pulangan yang lumayan, ia juga membawa anda ke arah kehidupan universiti dan kerjaya dengan membantu anda mengasah kemahiran berkomunikasi, meningkatkan kesabaran dan memastikan bahawa anda tidak lupa apa yang telah dipelajari di sekolah menengah di mana ia akan memainkan peranan yang penting sebagai asas selama bertahun-tahun di universiti. Berikut adalah 9 tips untuk membantu anda memulakan langkah demi masa depan anda:

1. Apa yang anda suka?

feature - 9 helpful tips to start becoming a part-time tutor favourite subjects Bermula dengan memilih untuk mengajar subjek kegemaran anda di sekolah. Petunjuk: Subjek yang anda rasa mudah bukan sahaja akan memudahkan anda untuk mengajar, tetapi keyakinan anda juga akan memberi motivasi kepada pelajar anda untuk percaya bahawa perkara ini adalah mudah! Tambahan pula, ibu bapa pasti akan memberi kepercayaan kepada anda untuk mengajar subjek-sbjek lain.

2. Sentiasa peka

feature - 9 helpful tips to start becoming a part-time tutor aware awareness of world and changes Anda perlu mengemaskini apa jua perubahan berkaitan pendidikan semasa seperti sukatan pelajaran, format peperiksaan, dan lain-lain. Apa dan bagaimana yang anda pelajari tahun ini mungkin tidak 100% sama dengan apa yang dipelajari selepas itu.

3. Semak semula

feature - 9 helpful tips to start becoming a part-time tutor revising SPM revision together Teliti rujukan dan semakan buku terkini atau panduan yang disediakan untuk mengingati semula apa yang telah anda pelajari dan apa soalan yang diharapkan daripada anda. Panduan Semakan percuma oleh Afterschool.my adalah permulaan terbaik.

4. Gunakan pengalaman anda feature - 9 helpful tips to start becoming a part-time tutor ideas thinking thoughts

Ia adalah penting untuk anda mencari buku-buku terbaik. Ia bukan sahaja untuk memahami topik yang anda akan ajar tetapi juga mencari panduan tentang bagaimana untuk menjadi seorang guru / tutor yang lebih baik. Gunakan pengalaman masa lalu anda sebagai seorang pelajar SPM dan fikirkan bagaimana guru-guru anda boleh menjadikan subjek yang diajar lebih menarik!

5. Cari seorang mentor

feature - 9 helpful tips to start becoming a part-time tutor mentor coaching goals inspiration teamwork Sentiasa cuba untuk mendapatkan nasihat daripada rakan-rakan atau orang lain yang berpengalaman untuk menjadi seorang tutor. Terdapat juga seminar dan bengkel mengenai bagaimana untuk menjadi seorang tutor yang baik dan kreatif. Sukarela untuk menjadi penolong guru akan memberi sedikit bantuan.

6. Mulakan kecil-kecilan feature - 9 helpful tips to start becoming a part-time tutor small class small students

Cita-cita yang tinggi adalah sifat mulia tetapi mulakan hidup anda sebagai seorang tutor dengan bilangan pelajar yang terhad dan bukannya mengambil bilangan pelajar yang ramai! Tawarkan sesi tunjuk ajar secara persendirian bukan sahaja membantu anda memberi tumpuan dalam meningkatkan kemahiran komunikasi anda, ia juga adalah permintaan di kalangan ibu bapa. Cari pelajar yang lebih dekat kepada umur anda supaya anda boleh dikaitkan dengan masalah mereka.

7. Berhubung! feature - 9 helpful tips to start becoming a part-time tutor get connected internet social media

Internet adalah khazanah ilmu. Anda boleh mencari sumber-sumber pengajaran dalam talian dan mencari orang lain bagi berkongsi tips untuk bergelar tutor bterbaik.

8. Beramah mesra feature - 9 helpful tips to start becoming a part-time tutor making friends peers helpful

Rangkaian adalah satu kemahiran di mana anda akan dapati ia tidak ternilai di universiti dan juga selepas tamat pengajian. Bermula awal dengan mencari rakan-rakan untuk berkongsi minat yang sama supaya anda boleh bertukar-tukar idea dan pengalaman serta memberi motivasi di antara satu sama lain.

9. Pelbagaikan gaya mengajar feature - 9 helpful tips to start becoming a part-time tutor diverse alternative teaching style games

Menjadi kreatif. Gunakan video TEDTalks untuk menjadikan sesebuah subjek lebih menarik atau permainan penyelidikan yang boleh membantu anda membuatkan pelajar lebih memahami. Sebagai contoh, ramai guru kini menggunakan Minecraft untuk mengajar asas-asas pengaturcaraan komputer. Ia mungkin kelihatan sukar pada mulanya tetapi anda akan dapati bahawa mengajar orang lain adalah cara terbaik untuk menjadi pelajar yang lebih baik daripada diri sendiri! Adakah anda tahu bahawa mereka yang mempunyai kemahiran pengajaran dan pengalaman kini dicari oleh majikan? Cari kerjaya terbaik yang sesuai dengan anda di sini.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail