9 kolej swasta dianugerahkan penarafan enam bintang oleh MyQuest

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Nov 23, 2015, 12:32 pm

Sembilan kolej swasta menerima penarafan enam bintang berdasarkan kategori-kolej melalui Quality Assessment System for Private Colleges Malaysia (MyQuest) 2014/2015.news - 9 private colleges awarded Six Stars by MyQUEST Kolej-kolej yang menerima pengiktirafan ini ialah:

  • KDU College Pulau Pinang
  • SEGi College Subang Jaya
  • Sunway College Kuala Lumpur
  • Taylor’s College Subang Jaya
  • Ramsay Sime Darby Healthcare College
  • Taylor’s College Sri Hartamas
  • Kolej Teknologi Timur
  • Asia Pacific Institute of Information Technology (APIIT)
  • Stamford Petaling Jaya

MyQuest diadakan dua tahun sekali sejak 2011. Ia adalah satu sistem penilaian dan penarafan untuk mengukur kualiti institusi, program dan amalan di institusi pengajian tinggi swasta dengan status kolej. Sepanjang penilaian MyQuest 2014/2015, sebanyak 238 daripada 406 kolej telah berdaftar dengan Jabatan Pengajian Tinggi untuk menyertai proses penarafan ini. Daripada jumlah ini, sebanyak 199 kolej swasta telah dinilai daripada 235 kolej yang diberi merit dan audit.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail