Ini 5 Cara Sambung Belajar di Luar Negara Secara Percuma

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Apr 21, 2022, 12:55 pm

Ada ke cara sambung belajar percuma di luar negara? Ya ada sebenarnya tetapi syarat permohonan memang sangat tinggi, bukan setakat syarat akademik bahkan penglibatan kokurikulum juga penting dan diambil kira. Jadi biasiswa bukanlah salah satu cara untuk belajar secara percuma. Banyak lagi cara lain yang kami akan kongsikan melalui artikel kali ini. Jom semak tips sambung belajar di luar negara dengan percuma atau paling tidak pun hampir percuma!

 

 

Cari Kursus Pengajian Luar Negara Rendah Kos

Tips pertama survey program pengajian luar negara yang sesuai dengan bajet anda. Kos belajar di luar negara ni boleh jadi paling murah atau percuma sehinggalah yang paling mahal dan ada juga harga yang tak masuk akal. Jadi, anda perlu buat survey program yang ingin diambil berdasarkan lokasi, tempoh pengajian, yuran dan bayaran lain yang dikenakan oleh universiti. Mudahnya cara kursus pengajian yang mampu bayar selain ada potensi kerja selepas tamat pengajian. Salah satu artikel yang boleh anda baca sebagai persediaan sambung belajar di luar negara adalah ketahui cara mohon belajar di luar negara, universiti dan kursus yang ditawarkan. 

 

Mohon Biasiswa Belajar di Luar Negara

Beribu-ribu biasiswa di luar sana sama ada yang ditawarkan oleh kerajaan/organisasi/syarikat/universiti di dalam dan luar negara. Jadi penting untuk anda tahu cara untuk mencari gali senarai biasiswa luar negara terkini yang ditawarkan setiap tahun, syarat kelayakan biasiswa, jumlah biasiswa yang diberikan. Selain itu, pastikan kursus yang bakal dimohon mempunyai banyak tawaran biasiswa, dimana menunjukkan bahawa kursus tersebut mempunyai demand yang tinggi dalam pasaran kerja dan kursus yang perlu dielak kerana tiada peluang pekerjaan.  Ini kerana, majoriti syarikat/organisasi mahukan anda bekerja dengan mereka selepas tamat belajar. Anda boleh semak senarai biasiswa terkini, tips mencari biasiswa, tips temuduga biasiswa yang telah kami kongsikan sebelum ini.

 

Dapatkan Geran untuk Belajar di Luar Negara

Sama seperti biasiswa, geran belajar di luar negara juga ditawarkan oleh pelbagai institusi  dibawah persekutuan, negeri mahupun kerajaan tempatan.  sebagai contoh, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) menawarkan Geran Penyelidikan Pendidikan Tinggi (GPPT) kepada penyelidik di negara ini berjumlah maksimum RM50,000 bagi setiap penyelidikan. Geran penyelidikan yang ditawarkan oleh universiti yang membolehkan anda sambung belajar ke luar negara. 

 

Pertimbangkan Pinjaman Belajar di Luar Negara

Pinjaman bukanlah dalam kategori biasiswa tetapi sekurang-kurang anda boleh sambung belajar dengan pinjaman pendidikan. Antara pinjaman pendidikan luar negara yang ditawarkan adalah Yayasan AMMA iaitu Non profit organization yang menawarkan pinjaman pengajian tanpa faedah kepada pelajar Malaysia yang berhasrat melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara. Pinjaman diberikan berdasarkan kursus dan kedudukan kewangan pemohon. Calon yang disenarai pendek akan ditemu duga dan dijangka mengekalkan PNGK 3.5 jika berjaya. 

 

 

Anda akan dikehendaki membuat bayaran balik minimum RM300 semasa memulakan pekerjaan atau 6 bulan selepas tamat pengajian. Cumanya, pastikan anda sambung belajar dalam kursus yang ada potensi kerja. Jangan sambung dalam kursus yang asal boleh sahaja asalkan dapat tunaikan impian belajar di luar negara. Ingat, tamat belajar anda akan dikehendaki membayar semula pinjaman berkenaan, maka pastikan kursus tersebut mudah dapat kerja atau boleh cari negara yang benarkan graduan antarabangsa bekerja selepas tamat belajar contohnya seperti UK, Canada, New Zealanda dan banyak lagi. 

 

 

Bekerja dan Belajar di Luar Negara 

Terdapat negara yang membenarkan pelajar antarabangsa untuk bekerja sambil belajar di negara mereka. Dengan kelonggaran yang diberikan, anda boleh bekerja untuk menampung kos sara hidup dan yuran sepanjang pengajian selain memperolehi pengalaman yang sangat berharga. Walaupun secara teknikalnya anda bukanlah dikira sebagai sambung belajar secara percuma tetapi sekurang-kurangnya dengan bekerja anda dapat merealisasikan impian untuk belajar di luar negara. 

 

Diharapkan perkongsian ini sedikit sebanyak membuka mata anda untuk lebih jelas tentang cara sambung belajar di luar negara dan strategi-strategi yang boleh dilakukan untuk merealisasikan impian tersebut. Selain itu, anda boleh semak artikel berkaitan lain, yang mungkin boleh menjadi panduan untuk anda. Semoga berjaya!

 

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail