
Industri minyak dan gas sedang mengalami proses pertumbuhan yang pesat di dalam negara mahu pun di peringkat global. Seiring dengan perkembangan pantas tersebut, Institut Teknologi Petroleum Petronas (INSTEP) telah mengambil inisiatif melatih juruteknik yang cekap dan berkemahiran untuk memenuhi permintaan industri yang semakin meningkat.
Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP) adalah sebuah pembekal perkhidmatan latihan teknikal yang dimiliki oleh PETRONAS Technical Training Sdn. Bhd. Institut ini ditubuhkan pada tahun 1981 dan bertanggungjawab dalam melahirkan dan melatih juruteknik berkemahiran serta pengendali untuk memenuhi pertumbuhan pesat industri petroleum negara. Pada mulanya, institut ini dikenali sebagai Sekolah Latihan Teknikal PETRONAS, kemudiannya ditukar nama kepada Institut Latihan Perindustrian Petroliam PETRONAS (ILPP). Kini, INSTEP merupakan institut utama yang memainkan peranan penting dalam menyediakan latihan teknikal dalam industri minyak dan gas negara.
Program yang Ditawarkan
Berikut adalah senarai program yang ditawarkan untuk sesi pengambilan kali ini:
- Program Teknologi Petroleum (PTP-1)
Bidang yang Ditawarkan
Berikut adalah senarai program yang ditawarkan:
- Elektrikal
- Instrumentasi
- Makmal
- Mekanikal
- Proses dan Pengeluaran
Syarat Kelayakan Permohonan
- Warganegara Malaysia yang masih bujang
- Lepasan Diploma yang telah menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan, teknikal atau sains daripada Institut yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia
- Mempunyai latar belakang subjek sains tulen atau sekolah teknikal (Fizik/Kimia/Kejuruteraan)
- Berumur tidak melebihi 30 tahun pada 1 Januari 2017
- Sihat tubuh badan, tidak rabun dan fizikal sesuai untuk bekerja dalam industri minyak dan gas
- BMI tidak melebihi 30 semasa memohon
- Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang aktif bersukan dan aktiviti kepimpinan
- Pemohon yang sedang/telah mempunyai ijazah sarjana muda/master tidak digalakkan untuk memohon
Bagi anda yang berminat untuk mengikuti program di INSTEP boleh klik di sini untuk panduan permohonan dan panduan mengisi borang pendaftaran.
Tarikh permohonan bagi kemasukan ke program ini telah mula dibuka pada 15 November 2016, jam 8.00 pagi dan akan berakhir pada 26 November 2016, jam 5.00 petang.