6 proses dalam pelantikan ke jawatan Pegawai tadbir Diplomatik (PTD) M41 yang wajib anda Tahu

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Oct 23, 2017, 11:40 am

Jika anda berminat untuk menjadi seorang PTD, 6 proses dalam pelantikan ke jawatan Pegawai tadbir Diplomatik (PTD) yang wajib anda lepasi sebelum dilantik dan disahkan ke jawatan tetap. Berikut kami kongsikan 6 proses penentuan kelayakan jawatan PTD iaitu :

 
  • Peperiksaan Online PTD (Bahagian A : Pengetahuan Am, Bahagian B : Daya Penyelesaian Masalah)
  • Ujian Psikometrik
  • Ujian PAC (PTD Assessment Centre)
  • Temuduga
  • Lantikan ke Jawatan PTD
  • Kursus Latihan PTD
 

ptd

 

PEPERIKSAAN ONLINE PTD

 

Jika anda memohon melalui SPA8i dan memenuhi kelayakan yang ditetapkan, pihak SPA akan mempelawa anda untuk menjalani peperiksaan yang dijalankan secara online. Pelawaan tersebut akan dihantar terus ke emel atau SMS kepada anda bagi memaklumkan bilakah tarikh dan waktu peperiksaan serta pautan portal.

 

Setiap calon mempunyai pautan khas dan pautan tersebut tidak boleh dikongsi dengan calon yang lain. Jika pautan yang digunakan bukan pautan yang diberikan dalam emel masing-masing, calon tidak akan boleh mengakses masuk ke sistem untuk mengambil peperiksaan. Jadi pastikan klik pautan yang diberikan di emel masing-masing sahaja.

 

Mulai tahun 2016, Struktur peperiksaan PTD terbahagi kepada dua (2) sahaja iaitu Seksyen A (Pengetahuan Am) dan Seksyen B (Daya Penyelesaian Masalah). Dahulu ianya terbahagi kepada tiga (3) iaitu Seksyen C (Ujian Psikometrik). Kini ujian psikometrik dimansuhkan untuk tahun 2016 tetapi calon yang berjaya dalam peperiksaan PTD, akan diminta untuk membuat ujian psikometrik melalui pautan link yang diberikan sebelum hadir ke ujian PAC. Berikut adalah perkongsian lanjut mengenai Seksyen A dan Seksyen B.

 

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM

Masa : 40 Minit Bilangan Soalan Dijangkakan: 50

 

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji pengetahuan am calon terhadap perkembangan semasa yang berlaku di Malaysia dan dunia umumnya. Calon wajib mengetahui secara umum berkaitan dengan pengurusan sumber manusia/ infrastruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ tanah/ daerah/ tempatan, pengurusan sumber ekonomi/ kewangan, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan kerana bidang tugas mereka nanti berkait rapat dengan bidang-bidang tersebut.

 

Contoh Soalan:

 

Berikut ialah Bidang-Bidang Keberhasilan Utama Negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, kecuali

 

A. menangani kos sara hidup.

B. mengurangkan perbelanjaan mengurus kerajaan.

C. memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman.

D. meningkat taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah.

Jawapan: B

 

Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) merupakan bantuan kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada

I. kanak-kanak.

II. balu askar dan polis.

III. orang kelainan upaya.

IV. mangsa bencana alam.

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

Jawapan: A

 
Dimanakah terletaknya Tapak Penyelidikan Arkeologi Sungai Batu?
A-Kedah
B-Perak
C-Johor
D-Sabah
Jawapan: A
 

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Masa : 45 Minit Bilangan Soalan Dijangkakan: 40

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

 

Kemahiran Menggunakan Logik

 

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

 

Contoh Soalan:

 

sptd

 

soalan ptd 2

 

UJIAN PSIKOMETRIK/ UJIAN PAC

 

Selesai sahaja menjalani peperiksaan online ini, calon akan menunggu keputusan yang diumumkan melalui semakan di portal SPA. Sebaik sahaja keputusan diumumkan, calon yang berjaya akan dipanggil untuk menjalani ujian PAC iaitu PTD Assessment Centre (PAC) sebelum layak ditemuduga. Ujian PAC ini diadakan bagi menilai kelayakan calon sebelum ditemuduga. Sebelum hadir ke ujian PAC berkenaan, calon dikehendaki untuk menjawab soalan psikometrik (personaliti).

 

Dalam ujian PAC berkenaan, tiga (3) kriteria utama yang dinilai iaitu :

 
  • Kualiti Personal (tingkah laku, penampilan diri, keyakinan diri, penggerak kumpulan, potensi kepimpinan)
  • Pengetahuan (Kematangan idea)
  • Kemahiran (Kemahiran berkomunikasi, pengucapan awam dan debat ala parlimen)
 

Keputusan-Peperiksaan-Online-PTD-M41-2016

 

Jadi bersiap sedialah kerana ramai yang kecundang ditahap ini. Kemahiran berkomunikasi itu sangat penting!. Jika anda rasa anda tergagap-gagap semasa bercakap, tiada keyakinan diri. Maka, perlu perbaikinya mulai sekarang.

 

TEMUDUGA PTD

 

Selepas lulus ujian PAC, barulah akan dipanggil untuk temuduga. Apakah soalan yang sering ditanya ketika temuduga ini?. Sebenarnya ianya bergantung kepada panel penemuduga. Walau bagaimanapun, kebiasaanya soalan yang ditanya adalah untuk menguji pengetahuan am calon mengenai dasar-dasar negara selain pendapat calon mengenai isu-isu semasa yang berlaku sama ada dalam negara atau luar negara. Jadi calon mestilah bersedia. Berikut kami kongsikan antara soalan yang ditanya :

 
  • Sila perkenalkan diri anda
  • Kenapa nak jadi PTD?
  • Apa beza PTD dengan PTN (Peg.Tadbir Negeri)?
  • Apa beza Ambassador dengan High Commissioner
  • Apa beza HRM (Management) dengan HRD (Department)
  • Apa beza Management dengan Administration
  • Kalau dapat PTD, kamu nak kerja KEMENTERIAN mana?. Kenapa? Apa tugas utama kementerian terbabit?. Siapa nama KSU Kementerian terbabit, Berikan nama satu agensi di bawah kementerian tersebut?
  • Apa 8 Bidang Tugas PTD?
  • Siapa KSN dan KPPA?
  • Nama-nama Menteri
  • Apa beza ISA dan OSA?
  • Dasar kerajaan seperti MISI NASIONAL, DEB, TN50
  • Pertubuhan antarabangsa yang disertai oleh Malaysia NAM,WHO, OIC, UNESCO, ZOFPAN, ASEAN dan sebagainya
  • Rancangan Malaysia yang terkini (TN50)
  • Soalan berkaitan INTEGRITI, PIN, RASUAH dan sebagainya
  • RUKUN NEGARA
  • Sejarah asal usul PTD
  • Apa beza DUN dan PARLIMEN dan oleh disusuli dengan soalan berkaitan ADUN, Tugas Ahli Parlimen, Kabinet, Dewan Rakyat, Dewan Negara, Senator, Speaker,
  • Sistem Penyampaian
  • Perlembagaan Persekutuan
 

p/s: Soalan temuduga PTD kemungkinan akan ditanya berdasarkan jawapan yang diberikan oleh calon. Jadi, anda yang berjaya terpilih menghadiri temuduga perlu bersedia dengan jawapan-jawapan yang munasabah.

 

Sekiranya anda berjaya dalam temuduga berkenaan. Anda akan menerima surat tawaran pelantikan sebagai pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik. Tidak terhenti disitu sahaja, calon yang berjaya ditawarkan ke jawatan PTD wajib melalui 4 tahap latihan sebelum disahkan dalam jawatan. Penting bagi anda untuk mengetahui 4 tahap latihan ini kerana ianya adalah antara soalan yang kerap kali ditanya oleh panel penemuduga kelak. Untuk teruskan pembacaan, KLIK : 4 Tahap kursus Latihan PTD sebelum lantikan ke jawatan tetap.

 

pegawaiptd-760x360

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail