Laluan selepas SPM yang Melayakkan Anda Menjadi Peguam, Hakim, Pendakwa Raya!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 17, 2022, 04:49 pm

Berminat menjadi peguam, pendakwa raya, hakim dan sebagainya?. Terdapat banyak laluan untuk mendapatkan ijazah undang-undang di Malaysia selain turut berpeluang menyambung pengajian ke universiti terkemuka dunia dalam bidang perundangan seperti di United Kingdom, Australia dan Amerika Syarikat.

 

 

Bagi mencapai impian tersebut, apakah laluan yang perlu diambil selepas SPM?. Laluannya adalah laluan pra-universiti (STPM, A-Level, International Baccalaureate (IB), Matrikulasi, Asasi, Diploma). Sebelum memilih program pra-universiti, anda perlu memperolehi sekurang-kurangnya 5 kredit lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya. 5 kredit lulus ini merupakan syarat utama yang ditetapkan oleh Badan Peguam Malaysia sebelum melayakkan anda mengambil kursus undang-undang. Berikut kami kongsikan laluan yang boleh diambil jika anda ingin mendapatkan ijazah undang-undang di dalam dan atau luar negara.

 

SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM)

 

Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) adalah bersamaan dengan GCE, A level di UK dan diterima untuk kemasukan di banyak universiti terkemuka di luar negara. Ramai pelajar tertanya-tanya mata pelajaran mana yang perlu diambil sebagai persediaan untuk diterima di jurusan undang-undang. Secara umumnya, institusi pendidikan yang menawarkan kursus undang-undang di Malaysia menerima pelajar dari kedua-dua aliran ketika SPM sama ada aliran sastera atau aliran sains.

 

 

Jika anda membuat keputusan untuk mengambil STPM, anda perlu mendapat sekurang-kurangnya CGPA 2.80 dan MUET Band 4 selain lulus temu duga oleh universiti. Walau bagaimanapun ianya bergantung kepada syarat kelayakan mengikut universiti. Klik di sini untuk semak syarat kelayakan pengajian undang-undang di Universiti awam (UM, UUM, UITM, UIAM, UKM, USIM, UniSZA).

 

A Levels

 

A- Level dikenali juga sebagai kursus Advanced Level adalah kursus pra-universiti yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi swasta dan di kolej-kolej MARA (Majlis Amanah Rakyat). A-level merupakan kelayakan yang diterima oleh majoriti universiti terkemuka dalam dan luar negara. Jika dalam negara, semua IPTS menerima lepasan A-level manakala Universiti Awam bergantung kepada kursus yang dipohon. Majoriti UA tidak terima lepasan A-level. 

 

Pelajar yang mengambil A-Level boleh menggabungkan sehingga 4 mata pelajaran. Jika ingin mengambil kursus undang-undang, anda digalakkan untuk memilih matapelajaran Bahasa Inggeris, Sejarah, Bahasa Asing, dan Matematik / Ekonomi / Pengajian Perniagaan / Psikologi. 

 

Matrikulasi

 

Matrikulasi Malaysia diiktiraf oleh beberapa universiti di UK, Australia dan New Zealand dan Indonesia (Klik disini untuk semak universiti luar negara yang terima lepasan matrikulasi). Walau bagaimanapun, syarat kemasukan ke matrikulasi bergantung kepada keputusan SPM. Info lanjut mengenai matrikulasi, syarat kelayakan dan sebagainya boleh KLIK DISINI.

Lawyer

 

 

Jadi, jika anda berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perundangan, Anda boleh mengambil mana-mana aliran sama ada aliran sains, kejuruteraan atau perakaunan. Walau bagaimanapun, syarat kelayakan untuk kursus undang-undang bergantung juga kepada universiti.

 

Sebagai contoh Universiti Malaya tidak menerima pelajar dari aliran matrikulasi (kejuruteraan). Oleh itu, anda perlu membuat semakan syarat kelayakan mengikut aliran sebelum membuat permohonan ke matrikulasi. Untuk semakan, KLIK DISINI dan kemudian buat pilihan mengikut aliran masing-masing. 

 

Asasi

Tidak seperti STPM dan Matrikulasi, jika anda memilih untuk melanjutkan pengajian ke program asasi, anda perlu memastikan pemilihan institusi adalah tepat sama ada institusi awam mahu pun swasta. Ini kerana, jika anda merujuk kepada e-panduan dalam permohonan UPU, majoriti universiti hanya menerima kelayakan matrikulasi/asasi daripada UM dan UiTM sahaja.

 

Jadi jika anda memilih asasi di universiti lain, pastikan kursus berkenaan adalah kursus perundangan seterusnya selepas tamat pengajian asasi, anda boleh terus melanjutkan pengajian di universiti yang sama dalam bidang perundangan. Universiti yang menawarkan Asasi perundangan adalah UiTM dan UIAM.

 

 

Manakala universiti swasta pula, pelajar boleh mengambil mana-mana program asasi kerana mahasiswa undang-undang tidak tertakluk pada mana-mana domain tertentu. Namun suka diingatkan untuk pastikan program asasi tersebut mendapat kelayakan dari MQA (semakan kelayakan MQA bagi kursus undang-udang di IPTS KLIK DISINI) yang kelak memboleh anda sambung pengajian ke peringkat ijazah di universiti awam mahu pun universiti luar negara.

 

Diploma

 

Jika anda merupakan pelajar diploma sama ada aliran sains mahu pun sastera, anda boleh sahaja memohon untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perundangan. Majoriti universiti awam yang disebutkan seperti mana di atas menawarkan kursus pengajian undang-undang.

 

Walau bagaimanapun, sama seperti kelayakan asasi, tidak semua universiti menerima pelajar diploma daripada aliran sains misalnya Universiti Malaya dan UniSZA hanya menerima pelajar di bawah aliran sastera sahaja. Anda boleh klik di sini untuk semak syarat kelayakan mengikut universiti.

 

 

 

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat membantu anda memilih laluan pra universiti yang tepat dan diterima oleh majoriti universiti untuk kursus undang-undang. Jika anda sudah pun membuat pilihan yang salah, apa kan daya mungkin anda bukan ditakdirkan untuk menjadi seorang pengamal undang-undang. Anda juga boleh klik untuk semak panduan lengkap bidang pengajian undang-undang di Malaysia, senarai kerjaya dan tangga gaji

 

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail