
Afterschool Team
December 21, 2015
Biasiswa dianugerahkan kepada pelajar berdasarkan merit, pencapaian akademik, bakat khas, hobi, atau kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh organisasi yang memberi sumbangan tersebut. Ada juga biasiswa yang diberikan berdasarkan keperluan pelajar tertentu.
Biasiswa bukan sahaja membantu pelajar dari segi kewangan, tetapi juga seperti ada kebanggan tertentu sebagai penerima, apalagi jika biasiswa yang diterima terkenal susah untuk didapatkan.
Sebelum mohon biasiswa, cari tahu dulu 6 perkara berkaitan soalan dan fakta di bawah:
Pendidikan memang penting, tetapi biaya untuk belajar dan hidup saban tahun semakin menggerunkan. Walaupun kita belajar di institusi awam yang terkenal sebagai pilihan pendidikan paling murah, masih banyak benda yang harus difikirkan seperti perbelanjaan untuk penginapan, makan, pengangkutan dan sebagainya!
Kita mestilah sudah memikirkan apa yang hendak dicapai setelah bergelar graduan: kerjaya dan kehidupan seperti apa yang kita mahukan? Pemberi biasiswa inginkan calon yang memiliki motivasi tinggi dan azam yang kuat supaya dapat diasah menjadi aset kepada syarikat dan juga negara.
Sesetengah kursus tidak disediakan di universiti awam, sehingga kita tak ada pilihan lain selain belajar di luar negara. Ada banyak universiti dan kolej swasta yang menyediakan peluang pekerjaan langsung setelah tamat belajar dalam industri yang anda mahukan. Ada juga biasiswa yang datang langsung dari beberapa institusi swasta!
Musim biasiswa tergantung kepada kelulusan pendidikan anda. Para lepasan SPM dan STPM dianjurkan untuk mula mencari biasiswa dalam bulan Januari hingga April kerana para sponsor besar (Maybank, Petronas, Khazanah, Sime Darby, dll) akan mula mengiklan pada tempoh tersebut. Sesetengah biasiswa hanya dapat dimohon setelah anda memulakan pengajian atau setelah menyelesaikan tahun pertama.
Mesti selalu membaca dan banyak bertanya!
...dan percaya dengan kebolehan sendiri. Itulah kunci kejayaan.
Kadang-kadang tak perlu pun untuk dapat nilai A untuk semua mata pelajaran (tapi sangat membantu!) untuk memohon biasiswa. Terdapat banyak pilihan biasiswa untuk banyak jenis pelajar: jadi cari tahu tentang diri anda. Contohnya: biasiswa untuk wanita, ahli sukan, kaum minoriti, dll.
Pastikan anda sentiasa peka dengan info biasiswa terkini!