5 Cara untuk Bangkitkan Semangat Anda Ketika Mengulang Kaji

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jul 22, 2019, 01:19 pm

Hari-hari belajar, belajar, belajar. Latih tubi, latih tubi, latih tubi. Penat, penat, penat. Otak pun sudah tepu. Kadang kala, fakta ringkas pun susah hendak ingat. Jika anda mengalami keadaan seperti ini sekarang, anda perlukan cara untuk bangkitkan semangat anda. Kaedah ini penting supaya apa yang anda usahakan selama ini tidak sia-sia.

 

#PERTAMA ( ULANG KAJI SAMBIL BERDIRI)

 

Ubah cara anda belajar daripada kebiasaan. Jika sebelum ini anda mengulang kaji dengan duduk sahaja di atas meja tanpa bergerak. Apa kata anda ulang kaji sambil berdiri. Pegang nota dan bercakap soalan diri seakan sedang memberi ceramah atau sedang mengajar orang lain. Jadi tidaklah anda kebas punggung duduk dalam tempoh masa yang lama dan akhir tertidur kebosanan!.

 

59f813a8f2563

 

#KEDUA (ULANG KAJI SAMBIL MENDENGAR MUZIK)

 

Mungkin anda merasakan agak terganggu jika mengulang kaji sambil mendengar muzik. Ya, ianya akan menjadi satu gangguan jika anda sedang cuba memahami atau menghafal nota tetapi mungkin ianya tidak akan menganggu anda jika anda sedang melakukan latihan latih tubi soalan. Sambil menyanyi sambil menjawab soalan. Tidakkah boleh mengurangkan stress anda?.

 

59f813a91566e

 

#KETIGA (SENYUM SELALU)

 

Ya senyum juga akan mempengaruhi mental anda. Sekiranya anda senyum seacara automatik sel-sel positif dalam otak anda akan berhubung. Jadi akan terbitnya aura positif yang akan membangkitkan lagi semangat anda untuk lebih fokus untuk mencapai keputusan yang cemerlang kelak

 

59f813a934b85

 

#KEEMPAT (BUAT ANALISIS SOALAN)

 

Kadang kala kita tidak perlu untuk membuat latih tubi soalan secara rawak. Perlu ada topik yang mesti diberi penekanan khusus. Contohnya adalah soalan analisis tahun-tahun sebelumnya. Anda sendiri tahu bahawa majoriti soalan diulang semula selama tempoh 5 tahun. Jadi kenapa anda tidak menganalisis soalan manakah yang sering ditanya menjelang peperiksaan SPM. Tidak tahu bagaimana hendak menganalisis?. Mudah sahaja, tidak perlu buang masa, kami telah pun bantu anda untuk menganalisis soalan berkenaan. Klik pada gambar dibawah untuk MUAT TURUN KOLEKSI SOALAN ANALISIS PAKAR PENGUBAL SOALAN. Semuasoalan mengikut subjek telah dianalisis bermula daripada tahun 2012 lagi!. Jadi kenapa perlu buang masa. Fokus, fokus, fokus sahaja soalan yang telah dianalisis ini. Untuk MUAT TURUN SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SETIAP NEGERI KLIK DISINI

 

 

#KELIMA (MENONTON VIDEO INSPIRASI)

 

Semasa tempoh rehat, apa kata anda tonton video inspirasi untuk membangkitkan lagi semangat anda. Dengan menonton video berbentuk inspirasi berkenaan, secara automatik akan menambahkan lagi semangat anda untuk capai impian anda. Misalnya anda minat untuk menjadi arkitek, tonton video di youtube mengenai kejayaan individu yang telah pun menjadi arkitek atau buka video pelajar Malaysia yang sedang sambung belajar ke luar negara dibawah peruntukan biasiswa cemerlang!. Kami yakin selepas itu, semangat anda akan berkobar-kobar. Diharapkan perkongsian ini membantu anda membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan SPM kelak. Jangan stress okay!.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail