5 bidang kerjaya yang akan meningkat pada 2020

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 10, 2016, 11:29 am

Permintaan kerjaya berubah mengikut zaman. Afterschool.my mengajak anda semua untuk melihat masa depan, tentang 5 bidang kerjaya yang bakal mempunyai permintaan yang tinggi menjelang tahun 2020.

1. Pengurusan Media Sosial

 Kebangkitan penggunaan media sosial dalam perhubungan seharian menyebabkan ia semakin penting di kalangan masyarakat dan perniagaan. Media sosial akan dijangka akan menjadi lebih penting pada dekad akan datang memandangkan peningkatan teknologi Internet terutamanya Internet of Things (IoT) yang dijangka muncul pada 2020, menyebabkan syarikat-syarikat memerlukan pakar dalam bidang media sosial untuk menganalisis permintaan semasa pada masa akan datang.

2. Kejuruteraan Teknologi Hijau

Dalam usaha negara-negara di dalam dunia untuk mengurangkan penggunaan bahan bakar karbon seperti arang batu dan petroleum untuk sumber tenaga, kebangkitan sektor teknologi hijau dilihat semakin signifikan di pertengahan dekad ini dengan dijangka ia semakin penting menjelang tahun 2020.

3. Pakar Pengurusan Tekanan

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan stress (tekanan) akan menjadi punca kematian yang tinggi menjelang dekad 2020, dengan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan stress seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung dan angin ahmar akan terus menjadi punca kematian utama penduduk dunia pada abad ini. Jadi, kepakaran dalam bidang pengurusan tekanan (stress) bakal diberi tumpuan utama dalam dekad yang akan datang.

4. Kejuruteraan Robot

Peningkatan penggunaan robot dalam industri dijangka meningkat pada 2020 dalam usaha untuk menjimatkan kos serta meningkatkan keefisienan dalam penghasilan kerja. Bagaimanapun, dalam banyak pekerjaan dalam perindustrian banyak yang akan hilang disebabkan penggantian dengan tenaga robot, pakar-pakar dalam bidang robotik dijangka meningkat permintaan tenaga kerjanya menjelang 2020.

5. Pertanian Urban

Sejak 2007, penduduk bandar mengatasi penduduk luar bandar buat pertama kali dan sejak itu - trend migrasi ini akan berterusan pada dekad yang mendatang. Bagaimanapun, keperluan makanan yang meningkat disamping kos makanan yang semakin tinggi kerana faktor pengangkutan dari luar bandar ke bandar menyebabkan pertanian urban semakin relevan dalam abad ini, dan trend ini dijangka meningkat pada 2020 dengan pakar pertanian urban akan menjadi lebih penting untuk masyarakat.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail