5 bandar mesra pelajar di Lembah Kelang

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada May 06, 2016, 03:16 pm

Apabila kita mendapat tempat ke universiti, salah satu perkara penting dalam memulakan kehidupan di universiti ialah mengenali kawasan persekitaran di sekitar universiti. Ini artikel tentang 5 bandar mesra pelajar di Lembah Kelang.

1.  Shah Alam

shalam Shah Alam merupakan ibu negara Selangor sejak 1978, merupakan sebuah bandar "mesra pelajar" kerana dikelilingi oleh banyak pusat pengajian tinggi sama ada awam dan swasta, antaranya:

Apa yang menarik di Shah Alam? Apabila bertanya tentang Shah Alam, kebiasaannya orang membayangkan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, i-City atau Stadium Shah Alam, tetapi bandar ini mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh pelajar. Tempat makan yang menarik:

  • Night Circle di Seksyen 11
  • Foodsbury di Seksyen 9.

Selain itu, jika kamu suka kegiatan riadah:

  • Bukit Cahaya Seri Alam
  • Taman Botani Negara
  • Taman Tasik Shah Alam
  • Wet World Water Park
  • Shah Alam Extreme Park
  • Laman Seni 7 di Seksyen 7

2. Bangi

bangi Bangi, terletak 25 kilometer dari Kuala Lumpur, dikenali sebagai "Bandar Ilmu Pengetahuan" kerana terdapat banyak pusat pengajian tinggi samada awam atau swasta di kawasan ini. Antaranya ialah:

Selain itu, Universiti Putra Malaysia dan Perdana University terletak di Serdang, berhampiran dengan Bangi. Universiti Nottingham Malaysia yang terletak di Semenyih, juga berhampiran dengan Bangi. Apa yang menarik di Bangi? Jika kamu mencari tempat makan, Kajang adalah tempat yang berhampiran dengan Bangi, terkenal dengan Sate Kajangnya. Selain itu beberapa tempat menjadi tumpuan orang ramai sekitar Bangi seperti:

  • Fifteen Bangi
  • Sate UK Bangi Seksyen 7
  • Willy Satay

Selain itu, tempat kegiatan riadah yang berhampiran dengan Bangi ialah seperti:

  • Gunung Nuang yang terletak di kawasan hutan simpan Hulu Langat
  • Bukit Broga di Beranang, berhampiran dengan Bangi
  • Air Terjun Gabai di Dusun Tua

3. Subang Jaya

10-shopping-subang-jaya Subang Jaya, yang berada di pertengahan koridor Lembah Kelang, mempunyai banyak institut pengajian tinggi swasta. Antaranya ialah:

Apa yang menarik di Subang Jaya? Subang Jaya mempunyai banyak kompleks membeli belah seperti:

  • Subang Parade
  • Empire Shopping Gallery
  • One City
  • First Subang Mall
  • 19 USJ Mall

Selain itu, kedai buku-buku novel alternatif, I Am Lejen Shop juga terletak di Subang Jaya.

4. Gombak

Batu Caves Gombak juga merupakan pusat pengajian tinggi di Lembah Kelang, antaranya:

Apa yang menarik di Gombak?

  • Batu Caves
  • Forest Research Institute of Malaysia di Kepong
  • Gua Damai Extreme Park
  • Sungai Kemensah
  • berhampiran dengan Genting Highlands

5. Cyberjaya

shaftsbury Cyberjaya, kira-kira 5 kilometer dari pusat pentabdiran negara, Putrajaya, juga mempunyai beberapa pusat pengajian tinggi, seperti:

Selain itu, Pusat Asasi UiTM dan Xiamen University terletak di Dengkil, serta Heriot-Watt University di Putrajaya, berhampiran dengan kawasan ini. Apa yang menarik di Cyberjaya?

  • Lake Garden Cyberjaya
  • Buddies Cafe
  • Treehaus
  • Cyberjaya Community Club
  • Shaftsbury Square
BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail