Dahulu artis dan bidang pendidikan merupakan satu dunia yang berbeza. Kini, kehadiran artis yang menempa nama dalam dunia hiburan didatangi dengan pakej pendidikan tinggi yang membuatkan mereka lebih dihormati dan disanjung oleh peminat.
Senario ini berbeza dengan artis –artis lama yang hanya segelintir sahaja diketahui mempunyai segulung ijazah seperti Allahyarham Sudirman, Azhar Sulaiman, Ahmad Idham dan Datuk Hj Aznil Hj Nawawi.

Oleh itu, kami kongsikan lima (5) artis muda popular yang mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi sekali gus memberi contoh kepada pengikut mereka di luar sana.

Najwa Mahiaddin
Anak kepada bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin bin Yassin ini merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda jurusan Kejuruteraan Elektronik di Universiti Melbourne, Australia. Tidak sekadar itu sahaja, pelatun suara kepada lagu “Got to Go” ini turut menyambung pengajian di Kolej Muzik Berklee, Massachusetts, Amerika Syarikat demi bergelar penghibur yang lebih baik.
Lisa Surihani
Tidak sekadar berwajah kacukan yang menarik perhatian peminat dan menjadi model dalam bidang peragaan dan lakonan, Ibu kepada Yahaira Leanne ini memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Kolej University HELP dan Universiti Aberystwyth di Wales, United Kingdom.
Yuna
Yunalis Zarai, penyanyi berhijab yang menempa nama ke pentas antarabangsa ini memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam (UiTM). Sekiranya tidak menjadi penyanyi kemungkinan Yuna akan bergelar peguam. Hebat bukan?.
Juliana Evans
Pelakon darah kacukan ini merupakan graduan daripada Sunway Universiti College dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa. Tidak sekadar terhenti setakat itu sahaja, beliau turut menyambung pengajian ke peringkat “masters” di Western Michigan University di Amerika Syarikat. Demi cintakan dunia lakonan, Jue turut menyambung pengajian dalam bidang lakonan di Akademi Filem, New York selama 6 bulan.
Neelofa
Neelofa merupakan artis yang tidak asing lagi. Semakin bertambah popular selepas berlakon sebagai watak heroin dalam drama “Surihati Mr Pilot”. Neelofa pada awalnya masuk ke bidang hiburan selepas memenangi Dewi Remaja pada tahun 2009/2010. Kemudian, berjinak-jinak ke bidang pengacaraan. Artis yang mencatat keputusan A penuh dalam peperiksaan Sijil pelajaran Malaysia (SPM) ini, menyambung pengajian dalam bidang lakonan di Akademi Filem, New York selama 6 bulan.