Afterschool
December 7, 2016
“Menurut Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob, “MARA telah menetapkan keputusan minimum 3A bagi pelajar semenanjung Malaysia dan 3A 2B 1C bagi pelajar di Sabah dan Sarawak yang menduduki peperiksaan UPSR 2016 sebagai syarat utama kemasukan ke tingkatan 1 MRSM 2017”.
Walau bagaimanapun, kelonggaran syarat tersebut lebih memberi keutamaan kepada pelajar yang datang dari keluarga yang berpendapatan rendah dan tinggal di kawasan luar bandar selain calon-calon yang bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, kokurikulum dan sukan.
Keutamaan ini diberikan kepada pelajar di kawasan luar bandar memandangkan kerajaan sudah sekian lama berusaha untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar sejak dari Rancangan Malaysia Pertama (RMK 1) lagi dan hanya dengan pendidikan sahaja yang dapat merealisasikan hasrat murni itu.
Sementara itu, keputusan ini juga dilihat seiring dengan matlamat penubuhan MRSM yang tidak sekadar menyediakan peluang pendidikan terbaik malah bertindak sebagai agen perubahan sosio ekonomi penduduk luar bandar kerana dengan adanya peluang pendidikan yang baik akhirnya dapat memberi kehidupan yang lebih sempurna kelak.