37 Ribu bumiputera disasar lanjut pengajian tinggi

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada May 05, 2016, 10:16 am

37 Ribu bumiputera disasar lanjut pengajian tinggi: Pengerusi Jawatankuasa Induk Jelajah Pendidikan Bumiputera 2016, Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar menyasarkan 37,000 pelajar Bumiputera untuk mendapat tempat di institusi pengajian tinggi.jpb2016, 37 Ribu bumiputera disasar lanjut pengajian tinggi Menurutnya, sepanjang ia dilaksanakan hampir 12,000 ditempatkan di institut pengajian tinggi dan angka itu mungkin akan ada pertambahan. "Ada 35 tempat lagi untuk dijelajah - mencari, mengesan dan membantu anak melayu yang tercicir miskin dan ingin belajar," beliau berkata demikian selepas perasmian Program Jelajah Pendidikan Bumiputera 2016 oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan. Program tersebut telah menempatkan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di institusi pengajian berasaskan kemahiran, sejak dilancarkan Mac lepas. --Bernama

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail